Insan & Komuniti 08 May, 2020

Video tular! Anak Shah Rukh Khan solat, baca Al-Fatihah..

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MENJADI anak selebriti turut menjadi bahan perhatian masyarakat. Kini tular cerita mengenai anak bongsu Shah Rukh Khan (SRK), Abram Khan yang baru berusia 7 tahun. Abram menjadi tajuk berita dalam pelbagai media massa di India ekoran tersiarnya video yang menunjukkan dirinya sedang solat dan membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. : KitaReporters

Abram Khan khusyuk menunaikan solat. - Kredit Foto: Nawacita



Menurut laporan media Newstracklive.com,  video berdurasi 49 saat yang dimuat naik oleh akaun YouTube @Telly Chakkar, kelihatan Abram memakai kemeja-T hitam dan seluar jeans warna hijau gelap serta kopiah putih, sedang khusyuk solat.

SRK bersama Abram. - Kredit foto: India Today


Dalam rakaman itu terdengar dia membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. Abram melafazkannya dengan lancar, jelas, dan lantang.

Para netizen memberi komen positif kepada anak bintang popular ni dan mendoakan dia akan membesar sebagai lelaki Muslim yang warak.

Gambar SRK sekeluarga dari IG SRK fan page


SRK berkahwin dengan Gauri Khan pada 1991 walaupun berlainan agama. Mereka dikurnia tiga anak, Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan. 

Mereka tinggal di Mumbai, India. - KitaReporters

15
0
1
0
1
You will be interested