Mayra Zulfiqar - Kredit foto: Jam Press'
Seorang gadis jelita yang baharu dua bulan menetap di Lahore, Pakistan ditemukan mati dibunuh dengan kejam pada 3 Mei 2021 akibat terdapat kesan jerut di leher dan tembakan senjata api pada bahunya.
Siasatan awal pihak polis mendapati motif pembunuhan dikatakan berpunca daripada mangsa telah menolak lamaran dua orang lelaki yang berhasrat untuk menjadikannya sebagai isteri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembunuhan
Mayra Zulfiqar, gadis yang memiliki wajah jelita persis aktres Bollywood ditemukan mati di rumah sewanya akibat dibunuh dengan kejam oleh dua lelaki yang bersama-sama berebut untuk menjadikannya isteri. - Kredit foto: The Sun.
Mayra Zulfiqar, gadis
lulusan undang-undang dari University of
West London berusia 26 tahun sebelum
ini menetap bersama keluarganya di Feltham, London, United Kingdom
(UK), telah pulang ke negara asal Pakistan
untuk menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan rakannya.
Memetik laporan Independent Urdu, bapa saudara mangsa, Mohammad Nazeer ada melawat serta berkunjung ke rumah sewa dua tingkat Mayra, dua hari sebelum insiden pembunuhan berlaku.
Lokasi insiden di mana suspek melakukan pembunuhan terhadap mangsa (Mayra) yang baharu menetap dua bulan di rumah sewa dua tingkat di Lahore, Pakistan. - Kredit foto: Jam Press.
Terdahulu, mangsa ada memberitahunya (pakcik mangsa)
mengenai gangguan dua lelaki yang dikenalinya yang sering mengajak dia berkahwin.
Masalah mula timbul dan semakin tegang apabila kedua-dua
lelaki itu berebut wanita yang sama (Mayra) sehingga mereka berbalah sesama sendiri.
Susulan ‘gangguan’ terhadapnya berterusan, satu laporan polis atau First Incident Report (FIR) dibuat oleh
pakciknya di Balai Polis Lahore.
Dalam laporan tersebut, beliau mendakwa kedua-dua lelaki berkenaan kerap menggangu kehidupan anak saudaranya. Dia juga pernah bertembung dengan kedua-dua suspek dengan menunjukkan sikap yang kasar dan menjengkelkan. Kemungkinan perkara buruk akan berlaku jika tiada tindakan polis diambil.
“Dia (mangsa) diugut, diancam dengan perbuatan menakut-nakutkan serta mengganggu privasi hidupnya,” katanya dipetik menerusi Dawn.com.
Pada 3 Mei 2021 (Isnin), jam 2 petang, Mohammad (bapa saudara mangsa) telah menerima panggilan telefon daripada bapa Mayra di London dan memaklumkan bahawa anak gadisnya telah mati ditembak.
Ekoran itu, Mohammad telah
mula mengesyaki pembunuhan itu berlaku kemungkinan berpunca daripada kedua-dua
rakan mangsa.
Menurut Pegawai Balai Polis Lahore, Qasim, memberitahu pihak media setibanya di lokasi kejadian pihaknya
mendapati seorang wanita telah terbaring di atas lantai (rumah sewa Mayra) dan berlumuran
darah serta terdapat kesan tembakan pada bahagian bahu wanita itu.
Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan dan akan diketahui selepas laporan forensik dan bedah siasat selesai.
Kredit foto: Mirror UK
Pihak polis turut mengesyaki kemungkinan terdapat empat lelaki terlibat dalam kejadian pembunuhan tersebut,
namun buat masa ini dua lelaki yang dikenali sebagai Zahir Jadoon dan Saad Ameer
Butt telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Manakala dua orang lagi dipercayai turut terlibat bersubahat dengan suspek kerana mereka dikatakan berada pada sebelah waktu pagi di rumah mangsa. Namun, mereka masih bebas dan tiada tangkapan dibuat berikutan tiada saksi dan bukt ditemui.
Pihak polis akan meneliti sumber daripada rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan insiden. Ketika kejadian berlaku
(pembunuhan) terdapat seorang lagi rakan mangsa sedang berada di tingkat atas rumah
berkenaan. - KitaReporters.
Sumber:
https://www.dailymail.co.uk/news/article-9540451/British-woman-murdered-gunman-rented-home-Pakistan.html