Insan & Komuniti 27 Mar, 2020

TENANG, SERIUS WALAU DILANDA GELORA KRISIS

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this
WAJAHNYA tenang dan bersahaja. Sekali sekala nampak keseriusannya dan kerisauan. Sesekali juga nampak raut wajahnya kepenatan. Namun beliau tetap tenang. Beliau adalah Ketua Pengarah (KP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah: KitaReporters 


Beliau merupakan watak utama sekarang ini dalam situasi negara mengekang dan memutuskan rantaian wabak penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sentiasa ‘muncul’ siang dan malam bagi memberikan maklumat tepat kepada orang ramai dalam mengetuai pasukan perubatan.


Datuk Dr Noor Hisham, dilantik menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Mac 2013 dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang perubatan.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008.

Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya dan Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004 dan Pakar Bedah Umum pada 1994.

Datuk Dr Noor Hisham berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.

Walau sebesar mana ombak politik negara melanda, orang politik saling berganti dan menjadi menteri di KKM, namun sebagai seorang penjawat awam beliau dan pasukannya terus semangat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.


Pasukannya juga terus komited dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kesihatan di kampung-kampung, daerah,bandar dan pusat bandar untuk seluruh rakyat Malaysia.

Sepanjang beliau menjadi KP kesihatan beliau dan pasukannya menunjukkan tahap professional kerja yang sangat tinggi dalam mendepani pelbagai krisis-krisis besar dalam sektor kesihatan antaranya :

  • Kes Tembak Jatuh MH17 (misi mengenal pasti jenazah nahas MH17 sebagai sebahagian anggota Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) dengan kerjasama pakar forensik daripada Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia).
  • Banjir Besar di Kelantan
  • Virus Zika
  • Penyakit Demam Campak Kuala Koh
  • Pencemaran Asid di Pasir Gudang
  • Wabak penyakit Covid-19

Semoga pasukan beliau terus bertahan dan cekal dalam mengekang pandemik Covid-19 ketika ini.

Sumber foto: Media Sosial KKM


Oleh itu marilah kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar mereka para petugas "frontliner" sentiasa dilindungi dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19

Kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan tidak kira sektor mana pun pada ketika ini, anda adalah "WIRA" di hati kami rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT menjaga,melindungi dan memudahkan segala urusan mereka dan memberkati segala usaha dan penat lelah mereka.

Sebagai rakyat Malaysia patuhilah segala arahan yang diberikan demi kesejahteraan negara kita. - KitaReporters



15
5
1
0
0
You will be interested