Insan 27 May, 2020

Selamatkan anjing liar! TK anggota bomba Lovely, Nurasyikin!

@abdul rashid abdul rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

KALAULAH seekor anjing ini mampu berkata-kata pastinya ucapan terima kasih tidak terkira diberikannya kepada dua anggota bomba iaitu Lovely dan Nurasyikin. Ini kerana jasa dan bakti pasukan bomba amat besar memandangkan mereka bukanlah berkhidmat hanya kepada manusia semata-mata, tetapi turut membantu haiwan termasuklah seekor anjing sekali pun. : KitaReporters

Seorang anggota bomba membawa seekor anjing yang terperangkap dalam balang di kawasan Batu Berayun, Genting Highlands pada 25 Mei 2020.


Selain memadam kebakaran, membantu mangsa kemalangan dan tragedi, melakukan operasi mencari dan menyelamat serta menangkap haiwan berbisa anggota bomba juga adalah penyelamat kepada haiwan.

Di Genting Highlands, Bentong, Pahang seekor anjing mungkin hanya menunggu kematian selepas sebuah bekas balang plastik terlekat pada bahagian kepalanya.

Anggota bomba menyelamatkan seekor anjing liar yang terperangkap dalam balang plastik di Genting Highlands.


Namun kehadiran segera dua anggota bomba wanita di Batu Berayun iaitu jalan menaiki Genting Highlands menjadi penyelamat kepada anjing liar berkenaan.

Anjing yang semakin lemah kerana sukar bernafas itu dibawa naik ke tebing jalan sebelum ditanggalkan balang plastik yang memasuki kepala haiwan itu.

Anggota bomba terpaksa menuruni tebing bukit bagi mengambil seekor anjing liar yang terperangkap dalam balang plastik di Genting Highlands, Bentong, Pahang.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani berkata, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 7.30 petang Isnin, 25 Mei 2020 daripada orang awam yang memaklumkan kepala seekor anjing liar tersekat pada balang plastik di kawasan Batu Berayun di jalan menuju ke Genting Highlands.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands iaitu Pegawai Bomba Wanita, Lovely dan Norasyikin telah ditugaskan untuk operasi kali ini.

"Mereka telah berjaya membawa anjing tersebut ke tempat selamat dan seterusnya mengeluarkan bekas plastik yang tersangkut pada anjing tersebut," katanya di Bentong pada Selasa, 26 Mei 2020.

Menurutnya, bomba yang memulakan operasi pada pukul 7.45 petang berjaya menamatkan operasi berkenaan pada pukul 8.17 malam. - KitaReporters


You will be interested

Keluarga Iskandar dah jadi filem! Moh tengok kat Astro First

DRAMA bersiri keluarga paling berpengaruh di Astro kini kembali menerusi filem, Keluarga Iskandar The Movie. Ditayang di saluran Astro First mulai 16 Julai 2020

Khadijah Ibrahim in Insan 2 days ago

Jumpa permata tanzanite! Duit jual bina sekolah, pasar raya!

Saniniu Kuryan Laizer, seorang pelombong kecil, bergelar jutawan selepas penemuan dua biji permata tanzanite yang terbesar pernah ditemukan di Tanzania
Zuhayati Yazid in Insan 23 hours ago

Tolong kami! Bantu IRM! 24.3j penduduk Yaman perlu bantuan!

Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan kempen Dariku Untukmu.. Selamatkan Mereka! YAMAN bagi mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi membantu rakyat Yaman
Editor Satu in Insan 1 day ago

Terpisah waktu kecil! Temu jodoh pada Sukan Para ASEAN di KL

Kalau sudah jodoh, memang tak ke mana! Pernah berjiran waktu kecil sebelum terpaksa berpindah dan berpisah. Namun bertemu semula pada Sukan Para ASEAN di KL
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Insan 1 day ago

Syabas PPZ-MAIWP! To'ki diberi rumah sewa! Percuma setahun!

PPZ-MAIWP mencari dan menyerah sebuah rumah flat di Kuala Lumpur yang telah dijelaskan sewaan untuk setahun kepada To'ki di bawah program CSR Usrah Saeedah
Fauzan Ahmad in Insan 2 days ago