LIRIK lagu Old MacDonald had a farm:
"Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh!
And on that farm he had some chickens, Ee i ee i oh!
With a cluck-cluck here, And a cluck-cluck there
Here a cluck, there a cluck, Everywhere a cluck-cluck
Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh!
Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh!
And on that farm he had some dogs, Ee i ee i oh!
With a woof-woof here, And a woof-woof-woof there
Here a woof, there a woof, Everywhere a woof-woof
Old MacDonald had a farmEe i ee i oh!....."
Lagi kisah-kisah menarik berkata Putera Harry:
https://kitareporters.com/search?search=putera+harry
Pasangan Meghan-Harry dan Oprah melayan anak-anak ayam. - Kredit foto: New York Post
Ini irama yang kerap menjadi dendangan anak-anak tadika terutama yang berpendidikan Inggeris.
Nampaknya bagi pasangan bekas keluarga diraja Britain ini, Meghan Markle dan suaminya, Putera Harry, mereka benar-benar merealisasikan impian kanak-kanak itu dengan membina reban ayam, dipanggil Archie`s Chick Inn.
Buat sementara waktu ayam-ayam yang ditempatkan di reban itu adalah haiwan yang diselamatkan dari ladang/kilang.
Pasangan itu dilaporkan membina reban itu sebagai satu `asas kehidupan` yang dilalui rakyat biasa. Ini seperti mereka menceritakan `kisah dongeng` keluarga diraja yang jauh daripada kebiasaan dilalui keluarga monarki.
Dengan itu juga, menjadikan Meghan dan suaminya, anaknya, Archie dan dua ekor anjing peliharaan mereka bukan saja penghuni di istana baru mereka di California, Amerika Syarikat. Mereka ada anak-anak ayam juga.
Dalam satu interview eksklusif dengan Oprah Winfrey (gambar) yang telah disiarkan ke seluruh dunia, pasangan bekas keluarga diraja Britain itu turut menunjukkan reban ayam yang dibina di kawasan istana kecil mereka di kejiranan Montecito di Santa Barbara, California.
"Hai mak ayamku," Meghan menegur haiwan itu sebaik saja dia membuka pintu reban.
Oprah yang ketika itu ada bersamanya, terus `terlekat` pandangannya kepada tulisan di pintu reban ayam berkenaan, "Archie`s Chick Inn, Established 2021" sempena anak lelaki sulung mereka yang menyambut usia dua tahun pada 2 Mei 2021 ini.
"Saya sangat suka kerja-kerja menyelamat ni," demikian kata Meghan pada hos TV dan pemilik studio televisyen terkemuka dunia. Harpo itu.
Bekas Duchess of Sussex itu juga memberitahu dia berjaya menyelamatkan seekor anjing beagle, Guy dari sebuah pusat perlindungan di Kentucky dan haiwan itu sentiasa ada di sisinya sejak hari pertama berkenalan dengan Putera Harry.
Stesen Televisyen CBS dikatakan membayar lebih AS$7 juta (RM28juta) kepada Harpo Production milik billioner Oprah untuk mendapat hak cipta penyiaran temu bual eksklusif itu ke seluruh dunia.
Siaran pertama di Britain membuat hampir semua kerabat diraja `melompat` terkejut.
Berikutan kisah Meghan yang melalui cabaran termasuk ada yang mempersoalkan kulit anaknya, Archie yang bakal dilahirkan, sama ada mewarisi warna `hitam` ibu Meghan atau putih daripada bapanya.
Oprah pun seronok melayan ayam-ayam peliharaan Meghan-Harry. - Kredit foto: CBS
Megan, 39, dan Putera Harry, 36, membuat rakaman temu bual dengan Oprah di rumah jirannya tetapi mereka ada membuat paparan mengenai kediaman menerusi panggilan zoom dengan beberapa pertubuhan dan badan kebajikan termasuk rumah mainan anaknya, Archie seperti yang disiarkan dalam kad Krismas tahun 2020 lalu.
Kad gambar ilustrasi itu berdasarkan foto yang diambil oleh ibu Meghan, Doria Ragland yang disiarkan menerusi Mayhew, satu pertubuhan perlindungan kebajikan haiwan di UK.
Dengan gambar di depannya adalah Archie (yang jelas mewarisi rambut merah ayahandanya) bersama dua ekor anjing Pula dan Guy.
Archie - yang akan menjadi `abang besar` kepada anak kedua pasangan itu yang dilaporkan perempuan, turut membuat penampilan ketika temu bual berkenaan.
Kemudian satu foto hitam putih menunjukkan Harry, Meghan dan Archie sedang bersiar-siar di pantai California bersama anjing mereka, Guy.
Semacam dalam satu filem yang sangat menarik, Archie membawa sebatang kayu dan kelihatan berjalan ke arah kaki ayahandanya sebagaimana yang dirakamkan oleh Harry.
Mereka kemudian berpelukan manja, seorang bapa dan anak.
Meghan dan Harry sangat terbuka dengan penghijrahan ke Santa Barbara, California terutama ia memberi kesan yang mendalam kepada permulaan kehidupan anaknya.
"Sangat beruntung dapat memiliki ruang terbuka bagi kami bersiar-siar dengan Archie. Atau berjalan-jalan macam satu keluarga dengan anjing kami. Kami boleh mendaki atau sekadar bersiar-siar di tepian pantai yang sangat dekat.
"Kebahagian saya adalah membawa Archie membonceng basikal dalam raga kecilnya dan kami berkayuh mesra, sesuatu yang saya tak boleh lakukan ketika remaja.
"Saya akan toleh pada dia di belakang, tangannya mendepa sambil bercakap, Pokok Palm?, rumah?," Kata Harry yang memberitahu anaknya sudah pandai menyebut beberapa perkataan baru. - Kitareporters