Insan & Komuniti 14 Jul, 2020

Kelly Preston, isteri John Travolta meninggal! Kerana kanser

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
ISTERI kepada pelakon Hollywood John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad, 12 Julai 2020 setelah hampir dua tahun diserang penyakit kanser payudara. Berita kematian aktres berusia 57 tahun itu dikongsi oleh Travolta menerusi laman Instagramnya. : KitaReporters 

John Travolta dan Kelly Preston sering diganding bersama dalam filem. - Kedit foto: Shuttercock


"Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.

"Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai," tulis John pada IG-nya itu.

@johntravolta : It is with a very heavy heart that I inform you that my beautiful wife Kelly has lost her two-year battle with breast cancer. She fought a courageous fight with the love and support of so many.  My family and I will forever be grateful to her doctors and nurses at MD Anderson Cancer Center, all the medical centers that have helped, as well as her many friends and loved ones who have been by her side. Kelly’s love and life will always be remembered. I will be taking some time to be there for my children who have lost their mother, so forgive me in advance if you don’t hear from us for a while.  But please know that I will feel your outpouring of love in the weeks and months ahead as we heal.

All my love,

JT


Sementara itu, John juga meminta ruang peribadi dan memohon maaf kepada peminat kerana perlu memberikan fokus kepada anak-anak terlebih dahulu selepas pemergian isteri tercinta.

"Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil masa untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka,” katanya.

Kredit foto: IG @johntravolta


Pasangan selebriti ini berkahwin di Paris pada tahun 1991.

Hasil perkahwinan selama 29 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu anak lelaki, Jett; Ella, 20; dan Benjamin, 9.

Bagaimanapun, Jett meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun.

Kelly mempunyai perjalanan karier yang panjang dalam industri filem dan televisyen dan kebanyakannya digandingkan bersama suaminya.

Filem terakhir gandingan bersama pasangan ini adalah  ‘Gotti’ yang ditayangkan pada 2018. - KitaReporters

0
0
5
1
0
You will be interested