Insan & Komuniti 24 Jul, 2020

Rajin tak kenal usia! Warga emas pegang kadbod jual dadih!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

"SIAPA rajin cari peluang, dia dapat banyak duit.” Kata-kata berkenaan pernah dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam satu majlis sebelum ini. Kehidupan ini adalah pilihan, kita sendiri yang menentukan dan kuncinya adalah rajin. Baru-baru tular dalam Twitter, cerita seorang warga emas yang sanggup berpanas demi mencari rezeki dengan menjual dadih. : KitaReporters

GIGIH seorang warga emas mencari rezeki bersama sebuah motosikal miliknya di bandar Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini. - Kredit foto:Twitter @Gebarputih.


Menerusi perkongsian pengguna Twitter @Gebarputih, warga emas itu mencari rezeki di bandar Senawang di Negeri Sembilan berhadapan pejabat Maybank.

Rajin betul pak cik ni!!

Dia yang berkopiah hitam berdiri di tepi motosikalnya yang mempunyai bakul di belakang bagi meletakkan hasil jualannya.

Malah turut kelihatan dia memegang kadbod (cardboard) sebagai mempromosikan jualannya.

Sekali pandang sayu sangat… terbayang seperti ayah sendiri!!

MEMBAWA kadbod pink sebagai usaha mengiklan hasil jualannya.


Sepatutnya pada usia sedemikian, dia tenang di rumah sambil mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Namun siapalah kita untuk menilai?? 

Mungkin juga itu sekadar hobi menghabiskan masa senggang atau memang terdesak meneruskan kelangsungkan hidup.

Yang pastinya dia seorang rajin!!

TERBAIK... pelanggan yang menikmati hasil jualan warga emas berkenaan


Malah ada anak muda pun tidak sanggup berpanas semata-mata mahu mencari rezeki!.

Namun pak cik berkenaan kelihatan tenang menunggu pelanggan.

Posting berkenaan mendapat perhatian netizen sehingga menjadi tular.

Malah ada sebahagian netizen yang pernah menjadi pelanggan berkongsi pengalaman membeli bahan jualan pak cik berkenaan.

Semoga kesungguhan pak cik tersebut memberi semangat kepada orang muda untuk menjadi rajin sepertinya dan tidak hanya berharap bantuan semata-mata! : KitaReporters


 

6
0
0
0
0
You will be interested