Insan & Komuniti 24 May, 2021

Berita Terkini| Wanita gantung diri dalam bilik air hotel! Dipercayai alami masalah peribadi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEORANG wanita warga asing  yang menginap di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di sebuah bilik hotel berkenaan, pada awal Sabtu, 22 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa berusia 32 tahun menginap di hotel berkenaan sejak datang ke negara ini pada awal tahun 2021 ini.

“Pada hari kejadian, mangsa sedang berbual bersama rakan-rakannya sebelum bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

"Curiga dengan tindakan mangsa, rakannya membuka pintu bilik air untuk memanggilnya keluar namun usaha itu gagal.

"Kemudian rakannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum dilaporkan kepada polis," katanya melalui satu kenyataan media pada Isnin, 24 Mei 2021.

Mangsa dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi.

Zaiham berkata, anggota polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan tergantung.

"Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati kematian wanita itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 untuk membantu siasatan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

4
1
4
3
0
You will be interested