Insan & Komuniti 04 Aug, 2020

Gondolkan kepala! Pasha Ungu ditegur kerana warnakan rambut!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENYANYI terkenal Indonesia, Pasha Ungu membotakkan kepala selepas ditegur oleh Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian agar mematuhi peraturan sebagai seorang pemimpin kerajaan negeri. Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said, 40, kini adalah seorang Timbalan Datuk Bandar Palu, Sulawesi Tengah sejak 17 Februari 2016. : KitaReporters 

Pasha mengambil keputusan membotakkan rambut setelah dikritik. - Kredit foto: IG pashaungu_vn



Baru-baru ini Pasha mengejutkan masyarakat Indonesia apabila mewarnakan rambutnya dengan warna perang apabila menjalani pengambaran klip video lagu ‘Jangan Menangis’, kolaborasi dengan band Fladica dari Palu

Pasha membotakkan kepala dengan bantuan pembantunya pada awal pagi Hari Raya Korban

Pasha mewarnakan rambutnya bagi menjayakan rakaman video muzik untuk lagu baru kolaborasinya dengan band dari Kota Palu, Fladica berjudul Jangan Menangis Lagi. Ia merupakan kolaborasi kedua mereka dan sudah dilancar dalam saluran YouTube.

Sebagai pegawai atasan di Palu, tindakan Pasha mewarna rambut tidak wajar dan dikritik orang ramai. Akhirnya Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian terpaksa campur tangan dan menegur pelakuan Pasha yang bercanggah dengan tatasusila seorang pentadbir negeri.

Pasha berambut perang ketika menjalankan tugas sebagai Timbalan Datuk Bandar Palu


Pasha menerima teguran orang ramai dan menteri dan berkata, hanya melakukannya selama tiga hari.

Lalu pada tengah malam, jam 12.01 pagi Jumaat, 31 Julai 2020, dia menyuruh pembantunya Ifan Taufan membotakkan kepalanya di rumah rasminya. Ia adalah sempena Hari Raya Korban.

Pada Hari Raya Korban, Pansha melawat penduduk dengan memakai songkok atau peci. - KitaReporters


0
0
1
0
0
You will be interested