Insan & Komuniti 03 Aug, 2020

28 kanak-kanak kumpul RM24k! Beli 4 lembu bagi ibadat korban

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
LANGKAH 28 kanak-kanak rakan sekampung di Bogor, Jawa Barat mahu melakukan ibadat korban menjadi tular dalam media sosial di Indonesia dan dijadikan sumber inspirasi masyarakat.

Dalam usia yang masih muda, kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menengah ini berpakat mengumpul sebanyak Rp80 juta (80 juta Rupiah atau RM24,000) bagi membeli empat ekor lembu pelbagai jenis. : KitaReporters

Sebahagian kanak-kanak mengunjungi sebuah kandang lembu bagi memilih lembu untuk dijadikan korban. - Kredit foto: Detik.com



Wang itu diperoleh hasil simpanan mereka selama 10 bulan. Simpanan itu adalah daripada duit belanja sekolah sebanyak Rp5,000 (RM1.50) atau Rp10,000 (RM3.00) sehari.

Kanak-kanak ini bergambar dalam sebuah kandang lembu di Bogor. - Kredit foto: www.sapi.co.id


Ketua kumpulan ini adalah Abu Bakar atau Iki yang berusia 14 tahun. Dia mempunyai pengalaman melakukan ibadat korban pada tahun 2019 lalu.

Ketika itu Iki hanya memperoleh enam kawan dan hanya mampu berkorban seekor lembu.

Bagi ibadat korban tahun ini, tanpa disangka ramai kawan sekampungnya berminat untuk turut melakukan korban sedangkan sebahagian mereka adalah anak yatim.

Lalu menurut Iki kepada Detik.com, mereka kemudian sepakat mula mengumpul wang antara Rp5,000 (RM1.50) hingga Rp10,000 (RM3) sehari sehingga akhirnya kira-kira Rp80 juta (RM2,400) berjaya dikumpul.

Kekanak ini mengumpul wang selama 10 bulan untuk melakukan ibadat korban. Kredit foto: Detik.com

Jumlah itu cukup untuk mereka membeli empat ekor lembu pelbagai jenis.

Menurut Iki, dia akan mengetuai lagi ibadat korban pada tahun hadapan 2021 yang dilakukan oleh kanak-kanak dan awal remaja di kampungnya. Dia berharap jumlah peserta akan meningkat.

Tambahnya, langkah yang dilakukan oleh mereka harus menjadi inspirasi orang ramai. Keinginan untuk berkorban boleh dilaku oleh orang yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai semangat untuk berkorban. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested