Insan & Komuniti 15 Apr, 2022

Bukan calang-calang! Hafizah al-Quran wakili negara berentap di pentas dunia! Acara bermain pedang!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


TERPILIH mewakili negara semestinya individu yang hebat. Bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada ibu bapa dan sekolah apabila berjaya mewakili negara yang sekali gus menjadi duta kepada negara.

Itulah yang berlaku kepada sekolah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) apabila seorang daripada pelajarnya berjaya mewakili Malaysia ke Dubai dalam acara bermain pedang.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pertandingan peringkat dunia


Menariknya, wakil negara kali ini bukan calang-calang orang kerana dia merupakan seorang hafizah al-Quran.

Sofea Nurfatnin Abdul Razak dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) terpilih mewakili Malaysia ke Junior & Cadet Fencing World Championship 2022 (Kejohanan Bermain Pedang Junior dan Kadet Dunia 2022) bertempat di Hamdan Sports Complex, Dubai, UAE bermula 2 hingga 10 April 2022 lalu.

Lebih membanggakan lagi, pelajar tingkatan 3 yang juga merupakan seorang hafizah dipilih untuk bertanding dalam dua acara bermain pedang serentak iaitu Cadet Foil dan Cadet Epee.

“Pada kejohanan kali ini, Sofea Nurfatnin yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran telah bertanding dalam dua acara iaitu Cadet Foil dan Cadet Epee dan layak sehingga peringkat kumpulan,” kata MTNP menerusi Facebook baru-baru ini.

Terdahulu, sebelum sesi pemilihan Sofea Nurfatnin ke pentas dunia ganis lincah ini terpaksa bersaing dengan 100 peserta daripada 50 negara sebelum terpilih.



Pemilihan Sofea Nurfatnin ke Dubai baru-baru bukan sahaja menjadi kebanggaan ibu bapa tetapi turut mengharumkan sekolah dan negara dalam masa serentak.

Terdahulu, dia tampil cemerlang dalam pertandingan lawan pedang anjuran Persekutuan Bermain Pedang Malaysia.

Pertandingan Bermain Pedang Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah, Wisma Olympics Council Malaysia (OCM) itu diadakan bagi memilih atlet lawan pedang yang akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa 2022.



Dalam pertandingan tersebut, hafizah Al-Qur’an itu berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori Kadet Perempuan Foil dan tempat ke-6 bagi kategori Kadet Perempuan Epee.

Alhamdulilah... semoga Sofea terus cemerlang bukan sahaja di pentas pedang tetapi terus menjadi hafizah yang berjaya di dunia dan akhirat. - KitaReporters


 

 

14
11
0
7
0
You will be interested