Insan & Komuniti 08 May, 2022

Pengantin perempuan nak saman pengantin lelaki! Hilang pada hari bahagia! Berseorangan di pelamin!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


WANITA sifatnya lemah lembut namun kelembutan itu apabila dicabar pasti bertukar menjadi wanita cekal dan kuat.

Itu juga yang berlaku kepada seorang wanita malang di Thailand apabila pada hari bahagia dibiarkan bersendirian selepas teman lelaki yang berjanji untuk sehidup dan sematinya memungkiri janji tersebut.

Lebih menyedihkan segala persiapan untuk hari bahagianya sudah siap dilakukan.


Lagi kisah menarik berkaitan perkahwinan


Kredit foto-foto: The Bangkok Post


Pengantin wanita berkenaan, Namthip, seorang pekerja kilang nekad untuk tidak memaafkan perbuatan bekas lelaki yang diagungkan tersebut yang melarikan diri pada hari perkahwinan mereka. Malah nekad menuntut pampasan di atas tindakan lelaki berkenaan terhadap dirinya

Pengantin lelaki, Ek Suwannahong yang seorang anggota tentera di selatan Thailand dikatakan tidak muncul pada hari bahagia mereka walaupun segala persiapan telah dilakukan.

Malah keluarga pengantin perempuan turut menempah 50 meja makan dan hidangan untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.



Terdahulu, pasangan itu dikatakan berkenalan dalam media sosial sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 1 Mei 2022 lalu. 

Malah, Ek Suwannahong itu turut menyerahkan wang sejumlah 20,000 baht (RM2,543) sebagai perbelanjaan dan persiapan hari istimewa. Walaupun begitu, keluarga perempuan meminta mas kahwin sebanyak 200,000 baht (RM25,435) dan kepingan emas bernilai 93,000 baht (RM11,827).

Malah pengantin lelaki juga berjanji akan menyerah baki mas kahwin beberapa hari sebelum majlis dan akan menginap di rumah tumpangan yang berhampiran rumah pengantin perempuan.

Namun sayangnya sehingga  hari kejadian, kelibat pengantin lelaki langsung tidak kelihatan menyebabkan pengantin perempuan terpaksa menanggung malu dan nekad untuk bersanding bersendirian walaupun tetamu sudah memenuhi majlis berkenaan.

Permasalahan yang berlaku memaksa wakil rakyat di kawasan berkenaan masuk campur dan cuba menghubungi lelaki berkenaan.



Bekas teman lelaki itu berjanji akan datang menemui keluarga pengantin perempuan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Namun Nampthip nekad dengan keputusannya untuk tidak memberi muka kepada bekas kekasihnya sebagai 'upah' di atas perlakuan kepada diri dan keluarganya.

Malah wanita cekal itu bercadang supaya lelaki tersebut membayar segala perbelanjaan perkahwinan.

Dia juga berhasrat untuk menuntut pampasan sebanyak 270,000 baht (kira-kira RM35,000) daripada lelaki tersebut kerana memungkiri janji selain memalukan dirinya dan seluruh ahli keluarga.

Itulah dikatakan tiada jodoh, semoga masing-masing dapat menyelsaikan masalah dengan baik. - KitaReporters


Kredit foto-foto: The Bangkok Post

12
15
0
17
0
You will be interested