Insan & Komuniti 18 Mar, 2022

Hadiah untukmu heroku! Kisah anak kongsi buah pinggang dengan ayah! Keikhlasan jadi inspirasi!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


KITA sering 'dihidangkan' dengan kisah pengorbanan seorang ayah kepada anak-anak, sanggup lakukan apa sahaja untuk si anak, memerah keringat demi zuriatnya walaupun apa jua rintangan.

Tapi amat jarang, mengenai si anak yang mahu berkorban untuk orang tua, kalau ada pun hanya satu dalam seribu untuk si anak melakukan termasuk yang sanggup memperjudikan nyawa sendiri demi orang tua. Itulah anak soleh!


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan anak soleh


Terbaharu tular dalam media sosial apabila seorang pemuda kacak berkongsi kisah hidupnya yang sanggup 'menghadiahkan' buah pinggangnya sendiri kepada ayahnya berikutan heronya itu menghadapi masalah buah pinggang pada tahap lima dan gagal berfungsi secara normal.

Perkongsian indah oleh Shahrul Ezwan tersebut dimuat naik dalam Facebook rasmi Persatuan Sokongan Transplan Buah Pinggang Malaysia sempena Hari Buah Pinggang Sedunia baru-baru ini , yang disambut 14 Mac setiap tahun.



Walaupun perkongsian berkenaan bukan cerita baharu, namun kisah keikhlasan si anak untuk ayahnya wajar dijadikan inspirasi!

Kongsi  Shahrul, kisah yang berlaku ke atas dirinya tiga tahun lalu semuanya dilakukan ikhlas berikutan tidak sanggup untuk melihat ayahnya menjalani dialisis selepas disahkan mengalami kegagalan buah pinggang.

Pengorbanan yang dilakukan juga merupakan hadiah bermakna dan berharga untuk si ayah.

Kongsinya sebagai anak menjadi tanggungjawab kepadanya menyediakan kehidupan yang sempurna kepada orang tuanya.



Keikhlasan itu memerlukan dia membuat beberapa saringan dan akhirnya 14 Mac  2019 berjaya membuat pembedahan pemindahan buah pinggang kepada ayahnya di Hospital Selayang.

Alhamdulillah!..

Kongsinya lagi, selepas beberapa hari selesai menjalani pembedahan dua beranak itu semakin sihat dan ceria. Malah Shahrul bersyukur ayahnya berjaya mengelak daripada menjalani dialisis yang menjadi rutin kepada pesakit buah pinggang. 

Kini ayahnya sudah bebas melakukan aktiviti dan sihat menjalani kehidupan dengan lebih sihat. 

Shahrul turut berkongsi beberapa gambar bersama hero yang kelihatan sihat dan mampu menjalani kehidupan yang normal.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan perkongsian berkenaan selain mengagumi kesanggupan anak muda yang berkorban untuk orang tuanya sendiri.

Tidak semua yang sanggup melakukan dan kisah dua beranak ini berjaya memberi inspirasi kepada orang ramai.

Semoga pengorbanan anak muda ini yang sanggup berkongsi buah pinggang menjadi asbab untuk dapat  gelaran anak soleh dan pahala berganda dari Yang Esa. 

Moga Shahrul juga dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan sejahtera walaupun kini hanya memiliki sebiji buah pinggang. -  KitaReporters


12
20
0
11
0
You will be interested