Insan & Komuniti 23 Apr, 2020

MINTA MAAF!! SAYA CUMA CINA BELAJAR ISLAM!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew antara individu yang banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat yang memerlukan bantuan. Usaha terpujinya iu mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Namun, menjadi lumrah kehidupan, setiap kebaikan yang dilakukan pasti ada yang tidak senang melihatnya. : KitaReporters

Ustaz Ebit terbaring kepenatan.


Lebih memilukan, ada rakan seperjuangan atau golongn agamawan sendiri mempertikai keikhlasan yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit atau nama penuhnya Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew

Pelbagai tohmahan dan salah faham yang berlaku sehingga pendakwah dari Muadzam Shah, Pahang ini akhirnya memohon maaf dalam akaun Facebook.

Menurut Ustaz Ebit, dia tidak berniat untuk sakiti hati sesiapapun. Cuma dia sedih dan tidak sanggup melihat ada orang yang susah dan memerlukan bantuan.

Ujarnya lagi, bagaimana kita boleh tidur sedangkan di luar sana masih ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Dalam kesempatan itu juga, Ustaz Ebit berpesan agar jangan takut dengan kejian dan penghinaan manusia kerana yang paling menakutkan adalah kemurkaan Allah kepada kita.



Sementara itu, netizen turut terkesan dengan perkongsian Ustaz Ebit dan mendoakan agar pendakwah itu terus kuat dan tidak berputus asa.

Netizen memberi sokongan kepada Ustaz Ebit.


Semoga Ustaz Ebit terus berjuang dalam membantu orang yang dalam kesusahan. - KitaReporters

 

4
0
0
0
0
You will be interested