Pemuda berusia 21 tahun didenda RM2000 kerana menziarah kubur pada Hari Raya Aidiladha, Selasa, 20 Julai, 2021 lalu.
Bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof tampil mempertahan tindakannya mahu membantu pemuda yang didenda RM2,000 kerana kesalahan menziarah kubur pada Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 20 Julai, 2021 lalu.
Azmeer berkata,
dia tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi di sebalik kesanggupannya itu mahu
pun niat tertentu selain mahu membantu pemuda itu atas dasar kasihan dan peri
kemanusiaan.
“Bukan niat
saya nak jadi hero. Bukan juga niat saya hendak menjadi pembela kepada orang
yang buat salah atau yang melanggar undang-undang, bukan juga hendak
menggalakkan mereka agar melanggar SOP yang dikenakan kerajaan.
“Jauh sekali niat saya untuk menentang undang-undang yang sudah ditetapkan. Bukan juga kerana mahu meraih perhatian atau populariti.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ziarah kubur
Status Facebook Azmeer pada Rabu, 21 Julai, 2021 yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.
Saya tak kata apa dilakukannya itu betul, memang salah kerana langgar SOP tapi sebagai ayah yang ada anak, hati saya amat tersentuh bila melihat ada dua kanak-kanak bersamanya."
“Sebaliknya niat saya untuk membantu melunaskan denda yang dikenakan ke atasnya kerana saya sangat tersentuh hati dengan nasib yang menimpa pemuda itu, apatah lagi bila melihat anak-anak kecil bersamanya.
“Saya tak kata apa dilakukannya itu betul, memang salah kerana langgar SOP tapi sebagai ayah yang ada anak, hati saya amat tersentuh bila melihat ada dua kanak-kanak bersamanya,” kata Azmeer.
Malah, menurut Azmeer selepas berbual sendiri dengan pemuda itu melalui telefon, keinginannya untuk membantu lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Nafi itu semakin tinggi.
“Menurut
pemuda itu, selain menziarah kubur ayahnya, dia turut membawa dua anak saudaranya
menziarah kubur ibu mereka (kanak-kanak itu) atas permintaan kanak-kanak itu.”
Menurut
Azmeer, pemuda itu memberitahunya, dia tidak sampai hati melihat anak-anak
saudaranya itu menangis sambil memanggil-manggil ibu mereka menyebabkan dia
membawa kedua-dua kanak-kanak itu ke kubur.
“Ini versi cerita yang saya dapat daripada pemuda itu. Jadi, atas dasar simpati saya menawarkan diri untuk membayar denda dikenakan dengan harapan selepas ini dia tidak mengulangi kesilapannya itu,” jelas Azmeer.
Laporan KitaReporters pada Rabu, 21 Julai, 2021, mengenai kes pemuda didenda RM2,000 kerana menziarah kubur pada Hari Raya Aidiladha.
Media baru-baru ini melaporkan seorang pemuda berusia 21 tahun dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menziarah kubur sempena sambuatan Hari Raya Aidiladha pada Selasa, 20 Julai, 2021 lalu.
Pemuda itu
ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP Fasa Satu perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada jam
11:40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13, Jempol, Negeri
Sembilan.
Kompaun
dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ketika
ditahan, turut bersama lelaki itu adalah dua anak saudaranya berusia tiga dan
lima tahun.
Susulan itu,
Azmeer terpanggil untuk membantu dengan memuat naik niatnya melalui status Facebook dan mendapat respons daripada lelaki berkenaan yang kemudian
menghubunginya.
Ekoran itu, selain menerima pujian, Azmeer turut menerima kecaman daripada pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu yang dilihat seolah-olah membela orang yang membuat salah dan cuba mengadu-dombakan rakyat dengan pemerintah.
Azmeer Yusof, bekas pemain pasukan Kedah. - Foto: FB Azmeer Yusof.
Niat saya bukan mahu mencetuskan perbalahan dengan mana-mana pihak atau menimbulkan suasana tidak harmoni antara rakyat dengan pemerintah."
“Selain diserang melalui media sosial, ada yang menghantar mesej kecaman secara peribadi. Saya tidak membalasnya kecuali menjawab ‘terima kasih’ dan ‘minta maaf’.
“Malah,
selepas dapat menghubungi pemuda itu, saya memadam status FB saya kerana ia
telah mencetuskan ‘peperangan’ antara mereka yang menyokong saya dengan pihak
menentang.
“Saya tak
mahu status saya menjadi medan kita sesama umat Islam bergaduh apatah lagi kita
baru saja meraikan Hari Raya Korban.
“Niat saya
bukan mahu mencetuskan perbalahan dengan mana-mana pihak atau menimbulkan
suasana tidak harmoni antara rakyat dengan pemerintah sebaliknya saya buat
kerana Allah,” tegasnya.
Azmeer
berkata, kecaman yang diterimanya itu tidak akan melemahkan semangat untuk
terus membantu mereka yang memerlukan sambil memberi kesedaran kepada
masyarakat agar sentiasa mematuhi peraturan dikenakan.
Difahamkan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui rayuan dibuat pemuda itu, memberi
diskaun sebanyak 50 peratus ke atas denda dikenakan.
Malah, Azmeer melalui status terbaharu Facebooknya berkata denda itu sudah dilunaskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pihak pemuda berkenaan. – KitaReporters
Kredit foto: FB Azmeer Yusof.