Insan & Komuniti 26 Feb, 2021

PKPB : 1,700 bungkus ikan diagih! Sumbangan ADUN Kota Putera, Persatuan Nelayan Kuala Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Mohd Nurkhuzaini menunjukkan bungkusan ikan segar yang dibekalkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Besut


MEMAHAMI denyut nadi kehidupan rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelbagai pihak turun padang menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan kepada penduduk yang menghadapi kesulitan hidup. 

Persatuan Nelayan Kuala Besut dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Besut, Terengganu, tidak ketinggalan menggerakkan jenteranya mengagihkan bantuan.

Selepas selesai mengagihkan bantuan berbentuk barangan dapur kepada penduduk yang terkesan akibat penularan COVID-19 tiba masanya pihak berkenaan menukar bentuk bantuan dengan mengagihkan ikan selayang


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKPB:

https://kitareporters.com/search?search=pkpb


Petugas JPKK bersiap sedia dengan bungkusan ikan untuk diedarkan kepada penduduk di DUN Kota Putera. - Kredit gambar: FB Hj Khuz


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd  Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, mungkin ada setengah pihak beranggapan sumbangan ikan tersebut dipandang rendah tetapi bagi penduduk yang terjejas dengan keadaan semasa ia satu keperluan yang diharap-harapkan.

Katanya, menerusi program agihan itu pihaknya mengagihkan kira-kira 1,700 bungkusan mengandungi ikan selayang yang dibeli daripada Persatuan Nelayan Kawasan Besut. 

Beliau berkata, ia juga secara tidak langsung dapat membantu golongan nelayan tempatan melalui hasil sumber laut yang diusahakan mereka.


Mohd Nurkhuzaini memikul bungkusan ikan untuk diagihkan kepada penduduk


Mohd Nurkhuzaini yang juga Pengerusi Jawatankuasa  Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata, pengagihan sumbangan ikan tersebut dilakukan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan terbabit. 

Katanya, menerusi program yanmg diadakan pada Khamis 25 Februari 2021 pihaknya mengagihkan kepada 17 JPKK di kawasan itu. 

Setiap JPKK dibekalkan 100 bungkusan untuk diagih kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Kota Putera," katanya.


 

Sukarelawan bersama bungkusan ikan yang akan diagihkan kepada penduduk


Beliau berkata, sumbangan ini dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut giliran kawasan masing-masing. 

Beliau berharap, kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang belum mendapat sumbangan ini bersabar kerana sumbangan akan dilaksanakan oleh jentera JPKK sebagai pemudah cara untuk menyalurkan terus kepada mereka. 

“Diharapkan sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada mereka yang kurang berkemampuan dan terjejas dalam tempoh PKPB ini.” katanya. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested