Insan & Komuniti 12 Oct, 2020

Polis layan "scammer"! Bila buku temu ruas, penipu terkucil!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

JENAYAH "scammer" atau penipuan melalui panggilan telefon sebenarnya telah lama menghantui masyarakat kita. Namun, selagi ada mangsa, selagi itulah penjenayah ini akan rakus melakukan kerja keji ini. Selagi kita mudah mempercayai sesuatu atau seseorang tanpa usul periksa, maka kerja-kerja penipu ini juga menjadi tersangat mudah. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:

https://kitareporters.com/search?search=penipuan


Tidak boleh dinafikan, kejadian  "scammer" ini makin berleluasa sehingga memperlihatkan ramai individu yang terpedaya.

Bukan itu saja, baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kekayaan luar biasa sepasang suami isteri hasil daripada kerja haram berkenaan.

Menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai bank, kebiasaannya mereka akan menakutkan-nakutkan mangsa dengan tuduhan atau kesalahan yang palsu sehingga mangsa terpedaya, lalu mengikut apa yang mereka minta.

Jumlah kerugian bukan seringgit dua, tetapi kebiasaannya melibatkan ratusan ribu ringgit.


Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada jenayah ini dan berkemungkinan akan menjadi mangsa jenayah ini termasuk anggota polis.

Melalui perkongsian Pasukan Polis Negeri Kedah dalam Facebook, mereka memuat naik satu video yang memaparkan seorang anggota polis mendapat panggilan daripada "scammer" tersebut.

Menerusi video itu, Koperal Suraya dilihat ‘melayan’ panggilan yang didakwa daripada ‘pegawai kastam’. 

Kelakarnya, penjenayah berkenaan terpaksa mengaku kalah dengan kelicikan Koperal Suraya yang berjaya mengagalkan usaha jahat tersebut.


Jika anggota polis pun, scammer nak tipu, apakan lagi orang biasa, yang mudah diperdaya serta ditakut-takutkan dengan ancaman kena "blacklist" atau macam-macam "ugutan" lain.

Maka, semua kena lebih berwaspada dan bersikap curiga terhadap panggilan yang tak dikenali. - KitaReporters

5
3
0
1
0
You will be interested