KESUNGGUHAN penyanyi dan pelakon Kilafairy, 28, untuk berhijrah sepenuhnya selepas berhijab terbukti apabila dia telah memadamkan foto-foto seksinya dalam semua laman sosialnya dan menggantikan dengan gambar-gambar bertudung.
Dia benar-benar beristiqamah dan bersyukur kerana menyertai grup WhatsApp ‘Road To Jannah’ di mana ahli-ahlinya "mengajak" ke arah menjadi insan berakhlak terpuji. : KitaReporters
Kilafairy mula meninggalkan berpakaian seksi sejak awal tahun 2020 ini dan pada mula memakai tudung hanya sekadar mencuba berhijab sepanjang bulan Ramadan.
Kilafairy atau nama lengkapnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 28, memutuskan terus berhijab pada hari raya kelima, 27 Mei 2020.
Kilafairy percaya niat yang baik mempermudahkan hatinya untuk mengenakan hijab. Dia membulatkan tekad berhijab tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.Dia berharap keputusannya itu tepat dan kekal hingga ke akhir hayat memandangkan usianya semakin meningkat.
Kilafairy mula berhijab sejak 27 Mei 2020. - Kredit foto: IG Kilafairy official
Kilafairy mula meninggalkan berpakaian seksi sejak awal tahun 2020 ini dan pada mula memakai tudung hanya sekadar mencuba berhijab sepanjang bulan Ramadan.
Namun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mempunyai banyak masa untuk beristiqamah dan mendapat sokongan rakan-rakan dalam grup WhatsApp ‘Road To Jannah’ untuk benar-benar menjadi wanita Islam lebih berakhlak terpuji.
Kilafairy bersama ayahnya Jahangir Khan
Kilafairy atau nama lengkapnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 28, memutuskan terus berhijab pada hari raya kelima, 27 Mei 2020.
Perubahan drastik Kilafairy turut mengejut, tetapi mengembirakan ayahnya Jahangir Khan dan ibunya, penyanyi veteran Rohana Jalil.
Kilafairy bersama ibunya Rohana Jalil
Kilafairy percaya niat yang baik mempermudahkan hatinya untuk mengenakan hijab. Dia membulatkan tekad berhijab tanpa tekanan mahupun paksaan sesiapa.
Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Apa yang lebih diharapkan dia kekal istiqamah. - KitaReporters
Kilafairy kini selesa dengan penampilan baru
.
Tags: