Insan & Komuniti 03 Jul, 2020

Terbaiklah Raja Farah! Kongsi rezeki dengan orang tak kenal!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Dalam rezeki kita, pasti akan ada rezeki orang lain!!! Ayat ini selalu kita dengarkan. Begitu 'femes' ayat ini tetapi dalam kita memperkatakan itu, apakah kita ada kongsi rezeki kita bersama mereka yang memerlukan? : KitaReporters


Seorang remaja bernama Raja Farah Sofea telah berkongsi cerita dalam Twitter miliknya bagaimana beliau berkongsi rezeki dengan seorang pak cik berbangsa Cina ini.

Berlainan bangsa? Itu bukan asbab mengapa kita tidak boleh kongsi rezeki. 


Kredit Twitter Raja Farah Sofea


Kita yang baca ini pun rasa sebak dan tahu bagaimana perasaan bila nak beli sesuatu itu tetapi duit tidak cukup. Yang tak rasa tu memang hati batu. Opsss!!!!

Ye la, pak cik itu datang naik basikal nak beli KFC untuk cucunya tetapi duit tak cukup dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Bayangkanlah cucunya di rumah macam mana? 

Pasti mereka ternanti-nantikan ayam KFC apatah lagi jika ia datang dari keluarga susah.


Kredit Twitter Raja Farah Sofea. 


Tindakan Farah ini amat baik dan patut di puji. Tahniah Farah!!! Nanti belanja saya pula ye!! Tibeeee!!!!

Kepada masyarakat di luar sana, jika ada rezeki lebih jangan segan silu belanja orang lain. Percayalah kerana rezeki yang kita keluarkan itu akan dibalas kembali.

Tidak perlu tunggu kaya baru nak kongsi rezeki kerana kalau sebelum kaya pun sudah sukar nak kongsi apatah lagi jika kaya!!!! - KitaReporters

5
0
0
0
0
You will be interested