Insan & Komuniti 17 Jun, 2021

Berita Terkini| Bomba Jitra bantu pindah wanita obes 300kg ke hospital Alor Setar! Guna lori!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

KAKITANGAN Hospital Jitra dibantu oleh anggota bomba memberi bantuan kepada wanita obes dengan menaiki sebuah lori Isuzu untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 16 Jun 2021. - Kredit foto: JBPM Kedah


Bomba dan Penyelamat Jitra memberi khidmat ihsan bagi membantu memindahkan seorang pesakit wanita obes (kegemukan keterlaluan) dengan berat badan mencecah 300 kilogram di Hospital Jitra pada Rabu, 16 Jun 2021.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, khidmat itu digerakkan ke hospital itu sebaik menerima panggilan kira-kira 9.52 malam.

“Sebaik sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra tiba kami terus membantu mengangkat dan memindahkan wanita berusia 42 tahun itu dengan menaiki sebuah lori Isuzu.

"Operasi pemindahan selesai pada jam 11.14 malam dan pesakit selamat dimasukkan ke dalam wad untuk terima rawatan," katanya seperti dipetik oleh Astro Awani pada Khamis, 17 Jun 2021

Turut mengiringi pesakit berkenaan adalah petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested