Lelaki durjana ini patut diberi hukuman seberat-beratnya sejajar dengan kesalahan yang dilakukan!!
Lagi berita-berita jenayah berkaitan kes rogol
JU ditahan setelah anaknya membuat laporan polis yang dia diperkosa selama 6 tahun sejak berusia 15 tahun. - Kredit foto: Tribun Sulsel.
Perbuatan durjana ini dilakukan ketika isterinya bekerja di kebun, meninggalkan si ayah dan anaknya di rumah.
Si anak sudah memberitahu kedurjanaan si ayah kepada emaknya. Namun si isteri tidak berani melaporkan jenayah terkutuk tersebut kepada polis.
Ini kerana si suami yang juga seorang penagih dadah mengugut untuk membakar rumah sehingga ke peringkat membunuh isterinya.
Kredit foto: Jurnal Makassar (https://jurnalmakassar.pikiran-rakyat.com/)
Menurut Ketua Polis Tellu Siattinge, Iptu Alimuddin tertuduh sudah ditangkap untuk siasatan lanjut. Katanya, JU ditahan pada jam 8 malam Rabu. 9 Jun 2021 waktu tempatan.
Menurut Alimuddin, JU akan didakwa atas kesalahan memperkosa anak di bawah umur dan anak kandung. Dia boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 tahun. - KitaReporters
Gambar hiasan