SETIAP tahun, pihak media massa sama ada percetakan atau elektronik mendedahkan bahawa gejala dadah daralam kalangan remaja atau dewasa; terutama di bandar-bandar besar seperti ibu kota Kuala Lumpur; Johor Bahru, Johor; Ipoh, Perak; Georgetown, Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah semakin berleluasa dan parah. : KitaReporters.com
Fakta dan grafik: Amil Abdullah Salby
Turut membimbangkan, negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang sarat dengan permasalahan najis dadah.
Hakikatnya, pelbagai kempen kesedaran dan program antidadah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
AADK sentiasa proaktif mengajak masyarakat umum terutama golongan ibu bapa, pihak sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin-pemimpin komuniti untuk mengemblengkan tenaga bagi membanteras penagihan dadah dalam persekitaran mereka.
Namun, ia agak mengecewakan kita semua kerana jumlah angka dan peratusan terus bertambah.
Menurut laporan statistik AADK sejak 2014 hingga 2018, didapati 116,204 orang penagih telah direkodkan.
Malangnya, orang Melayu seramai 93,697 mendominasi tangga teratas selepas kaum Cina (8,245) dan India (8,091).
Golongan belia paling ramai yang terjebak iaitu 85,575 orang.
Justeru itu,setiap rakyat perlu memainkan peranannya jika kita ingin melihat kita bebas hidup tanpa dadah.
Seiring dengan itu, Selangor telah melancarkan Bulan Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amiruddin Shari di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor pada Ahad, 23 Februari 2020. - KitaReporters.com