Insan & Komuniti 10 Mar, 2020

[VIDEO] KHABIB, AYAH BUKA GIM, AKADEMI MMA

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
"Sekali kau menghina agamaku... akan aku tumbangkan kau macam nangka busuk." Aksi `buah luku` terbaik daripada Khabib Nurmagomedov yang mengalahkan lawannya, Connor McGregor dalam pertandingan anjuran UFC yang seterusnya menjulang nama anak muda itu sebagai ikon pembela agama Islam di persada sukan dunia.  : KitaReporters.com

Khabib dilatih oleh bapanya. - Gambar IG Khabib


Menerima jolokan sebagai pengganti Muhammad Ali dalam dunia tinju, kemenangan itu mendorong Khabib memenuhi impiannya membuka gimnasium untuk mengasah bakat anak-anak muda terutama dari kampung halamannya, di Dagestan, Rusia sebagai pasukan pelapis baharunya.

Khabib bercerita mengenai pembukaan ginmasiumnya. - Gambar IG Khabib.


Disember 2019, Khabib sang juara pemegang tali pinggang Lightweight Championship UFC, serta jurulatih yang juga ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov secara rasminya berjaya membuka Akademi Seni Pertahanan diri @ Mixed Martial Arts (MMA) yang pertama di Makhachkala, Dagestan, Rusia

Dagestan yang terkenal sebagai Tanah Kelahiran Wira akan menjadi tapak asas untuk pengurusan perniagaan Khabib melebarkan sayap di seluruh dunia. 

Sekolah yang juga sebuah gimnasium latihan itu akan merintis kepada rangkaian Khabib Gym

Ia berfungi membimbing anak-anak di kampung Khabib sebagai persediaan melahirkan  generasi muda yang berbakat dalam bidang seni mempertahankan diri.

Sebuah gimnasium serba canggih dan lengkap kemudahan termasuk gelanggang tinju, peralatan senaman, ruang yang bersih dan terlindung. 

Mereka juga dijangka membuka restoran.

Khabib bersama teman pasukannya. - Gambar IG Khabib


Khabib bercadang membuka sekurang-kurangnya lima buah gimnasium di kampungnya sebelum rangkaian baharu diperluaskan ke Moscow. 

Beliau berkata demikian dalam temu ramai di saluran Khabib.com saluran YouTube milik Khabib Nurmagomedov

Saluran itu turut melaporkan juara bergelar Sang Beruang (kerana Khabib berlatih dengan seekor beruang sejak kecil) itu dijangka membuka rangkaian Khabib Gym di seluruh dunia dalam tempoh setahun dalam 2020.

Mixed martial Arts (MMA) adalah kombinasi aksi gerak tempur membabitkan pukulan, bergasak, tumbukan bertubi-tubi, pergelutan, cekauan, cekakan dan rangkulan berdiri atau hempasan di tanah menggunakan teknik sukan tempur combat dan seni mempertahankan diri.

Khabib berkata,  akhir tahun ini sebanyak 15 hingga 20 sekolah sukan itu akan dibuka sebagai persiapan awal untuk dia terus menaburkan baktinya di bidang itu  selepas bersara.

"Kami mula membuka gim ini di Dagestan terlebih dahulu. Di kampung saya. Kami bercadang membuka 5 hingga 6 Khabib Gym lagi di sini. Kemudian kami buka 5 atau 6 buah lagi di Moscow, " katanya.

Kredit Gambar: IG Khabib.


Bagi Khabib wang kemenangan itu bukan untuk dirinya saja sebaliknya mahu menjadikan kegemilangan itu sebagai inspirasi kepada anak-anak muda dan dengan gimnasium itu boleh membantu pelapis muda mengasah bakat dengan jurulatih terlatih.

"Kami yakin di sini, kami mampu memenuhi impian anak-anak muda yang mahu mencipta nama sebagai juara MMA dunia," kata Khabib.

Beliau berkata projek seterusnya dirancang di London, Jeddah, Oman, Dubai dan Istanbul. Seboleh-bolehnya hujung tahun 2020, Khabib Gym sudah ada 15 hingga 20 sekolah di seluruh dunia.

Sementara itu, ketika bercakap kepada portal RT Sport, Khabib berkata perniagaan yang diusahakan ini bercita rasa dunia dan satu bentuk khidmat selepas bersara. 

"Sekarang sebagai seorang profesional, saya tidak mahu ada halangan dalam kerjaya. Harapan sepenuhnya  memiliki  stadium. Dan kami akan usaha membina stadium," kata Khabib yang dikhabarkan memiliki aset AS$30juta (RM120 juta).

Kredit gambar: RT Sport


Khabib menyifatkan pembukaan gimnasium itu mimpi yang menjadi kenyataan, walaupun buat permulaan ini gelanggang itu hanya mampu memuatkan 100 peserta.

"Di sini, anak-anak muda boleh berlatih Muay Thai, Jiu-jitsu, gerak tempur, sambo combat

"Dengan MMA semua impian dalam bidang sukan ini boleh menjadi kenyataan. Kita akan dapat lihat ramai belia yang berhimpun di sini setiap hari," katanya memang itu adalah niat utamanya membuka gimnasium bagi mencari pasukan pelapis baru.

Dan jika ramai yang masih ingat dalam UFC, Khabib mungkin salah seorang sang juara yang sukar ditumpaskan, tunggulah beberapa tahun lagi kedatangan wira-wira pemusnah dari Dagestani tidak lama lagi. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested