MENGUNJUNGI tapak pesta ria mengujakan, lagi meriah sekiranya kunjungan berkenaan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Pasti meninggalkan kenangan hebat!
Namun berbeza dengan kepada lima pengunjung termasuk empat remaja dari Thailand apabila berdepan detik menakutkan dan membahayakan ketika mengunjungi pesta ria yang berlangsung sempena Pesta Makanan Ban Nam Chan di Krabi pada 18 November lalu sehingga hampir meragut nyawa remaja berkenaan.
Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan kes-kes kecuaian
Memetik shikshanews.com, kejadian yang berlaku di tapak pesta ria di Krabi itu berlaku ketika kesemua pengunjung berkenaan yang menaiki permainan atau ride 'Craz Wave'.
Bagaimanapun ketika pengunjung baru memulakan permainan berkenaan tiba-tiba palang keselamatan Craz Wave tersebut terbuka, sekali gus mengakibatkan lima orang pengunjung termasuk empat remaja cedera akibat tercampak dari landasan permainan berkenaan.
Malah menerusi rakaman yang tular dalam media sosial, kelihatan beberapa orang yang pengunjung tercampak dari tempat duduk selepas palang keselamatan tercabut.
Bagaimanapun selepas disiasat kejadian berkenaan berlaku berpunca kecuaian pekerja yang menguruskan permainan berkenaan yang terlupa untuk mengunci satu pintu keselamatan daripada gerabak permainan tersebut.
Pekerja berkenaan mengaku dia hanya mengunci palang keselamatan dua daripada tujuh pengunjung yang menaiki permainan ekstrem berkenaan.
Malah polis yang menerima laporan kejadian berkenaan terus menahan dan menyoal siasat pemilik tapak pesta ria berkenaan untuk menjelaskan kejadian berkenaan.
Kesemua mangsa termasuk seorang wanita dewasa dan empat lagi remaja terus dikejarkan ke Hospital Krabi untuk rawatan lanjut.
Malah seorang mangsa wanita dilaporkan mengalami patah tangan dan kecederaan pada bahagian pelvis. Bagaimanapun empat remaja yang berusia 10 hingga 15 tahun dibenarkan keluar hospital dan berehat di rumah.
Sementara itu, penganjur pesta ria berkenaan, Chaiyot Praphan meletakkan kesalahan kepada pekerjanya dengan menjelaskan mereka terlupa mengunci palang keselamatan pada salah satu gerabak permainan.
Bagaimanapun polis menahan penganjur tapak pesta ria yang berusia 50 tahun itu untuk siasatan lanjut walaupun lelaki berkenaan bersetuju utuk menanggung semua bil rawatan pengunjung yang mengalami kecederaan tersebut.
Malah hasil siasatan yang dilakukan mendapati permainan berkenaan dalam keadaan baik namun kejadian berlaku disebabkan kecuaian pekerja yang menguruskan permainan berkenaan.
Syukur semuanya selamat dan tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Niat hati mahu bersuka ria tetapi padah pula menunggu. Inilah dikatakan malang tidak berbau. - KitaReporters
Sumber:
https://metro.co.uk/2022/11/19/thailand-five-people-thrown-from-ride-after-safety-bar-comes-loose-17789731/