Insan & Komuniti 09 Jan, 2023

Tolong kami! Bantu Sahabat Telekung Kuantan! Dana RM35k! Bantu anak yatim, miskin kembali ke sekolah!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this


Mahukah anda bersama kami menggembirakan mereka yang kurang berkemampuan dalam menyediakan pakaian sekolah dan pakaian solat? Mudah-mudahan Allah bantu kita apabila kita dalam kesusahan nanti. 

Maka, mari bersama kita bergandingan membantu golongan yang memerlukan ini. Tidak mampu bersendirian kita sertai kumpulan yang melaksanakan kerja amal ini. Sudah pasti yang sedikit menjadi banyak.   


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan NGO Sahabat Telekung Kuantan


Tidak terkecuali Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan (STK) yang juga sebuah komuniti sukarelawan di Kuantan yang aktif membantu golongan memerlukan ini. 

Kini anggota mereka gigih mencari dana menerusi Program Back to School (Kembali Ke Sekolah) 2023 bagi membantu anak yatim dan miskin membuat persiapan sempena penggal baharu persekolahan Mac depan.   

Sehubungan itu, Pengerusi STK, Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh, berkata mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM35,100 bagi menaja kelengkapan sekolah 180 penerima dengan jumlah RM195 setiap seorang di enam sekolah terpilih sekitar daerah ini.


Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh


Justeru, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja sama ada sektor korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau orang perseorangan untuk tampil menghulurkan sumbangan kepada program berkenaan.

"Percayalah, menghadiahkan benda bahru kepada murid miskin merupakan kegembiraan hakiki yang tak dapat diganti tatkala melihat senyuman yang terukir pada bibir mereka.   

"Sejak program ini dilancarkan pada 23 Disember 2022, hampir RM5,000 berjaya dikumpul namun kami masih memerlukan lebih RM30,000 untuk capai sasaran kutipan.   

"Diharapkan lebih ramai pihak yang berkemampuan tampil membantu kami menyediakan dana untuk pogram kemanusiaan ini," katanya ketika ditemui di Kuantan pada 7 Januari 2023.   

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di akaun Maybank Islamic 556093238331 (Sahabat Telekung Kuantan) atau CIMB Islamic  8601298867 (Pertubuhan Kebajikan Sahabat Telekung Kuantan).   



Menurutnya, pelajar akan diberikan baucar pakaian dan peralatan sekolah bernilai RM150 dan RM45 untuk pakaian solat.   

"Kami tidak meletak had sumbangan walau RM1 pun kami terima. Yang penting keikhlasan dalam membantu.  

"Sebelum ini, kita beri dalam barang sekolah tetapi terima maklumbalas mereka masih mahu guna beg dan pakaian lama yang masih elok selain saiz pakaian yang tidak sesuai.   

"Justeru, tahun ini kita bagi baucar khas bagi memudahkan mereka membeli barangan sekolah," katanya sambil berkata program akan berakhir pada 28 Februari 2023 depan.   

Menurutnya, pelajar terpilih adalah mereka yang sudah dikenal pasti terlebih dahulu oleh guru sekolah bagi mengelak ketidaktelusan maklumat yang diberikan.   

Selain itu, katanya, STK juga menerima 180 naskhah al-Quran sumbangan Eduville Quran Humaira dan ahli STK sendiri.   

"Kita bekalkan juga buku panduan solat untuk pelajar sekolah rendah dan buku tips rajin dan mudah solat untuk sekolah menengah bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai indahnya Islam," katanya.   

Semoga Allah menggantikan sumbangan anda dengan rezeki lain yang lebih baik dan barokah. - KitaReporters


9
13
0
11
0
You will be interested