Insan & Komuniti 24 Nov, 2022

Video| Sahabat sejati! Timbalan Ketua Polis Pahang kendong pengarah Murali Abdullah! Meruntun jiwa!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this


SAHABAT ialah seseorang individu yang sentiasa ada bersama pada saat kita susah dan senang. Punyai sahabat baik adalah satu rezeki!

Perkongsian pengarah drama dan filem, Murali Abdullah menerusi TikTok @murali_abdullah video yang memaparkan dirinya dikendong seorang pegawai polis berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) memancing emosi ramai netizen.


“Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sahabat




Murali Abdullah, 59, yang alami masalah kesihatan setelah diserang angin ahmar kali pertama pada tahun 2012 dan kedua, November 2018 cukup terharu dengan tindakan sahabatnya itu.

“Sahabat saya, Timbalan Ketua Polis Pahang. Hujan turun renyai-renyai, dia dukung saya yang OKU, tanpa dia berfikir statusnya. Inilah sahabat saya, DCP Abdul Razak,” tulisnya menerusi video yang dimuat naik.



 


Sementara itu, menjengah dalam ruangan komen rata-rata netizen cukup terharu melihat persahabatan yang tidak menjadikan pangkat atau jawatan sebagai jurang.

“Sahabat yang baik akan selalu ada time susah senang, yang ramai dengan kita adalah kawan, time senang ada time susah hilang,” @Wan Akmal.

“Ini baru betul disebut sahabat. Susah nak jumpa sahabat begini, dua-dua pun berhati mulia,” @papa single P.S.CLUB.

“Menitis air mata saya melihat keakraban dua sahabat ini,” @Rizal Sengat.


 

 DCP DATUK ABDUL RAZAK MOHD YUSOFF.  - Kredit foto: FB Polis Pahang


Bagi yang mengenali DCP Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff pula turut berkongsi pengalaman serta sikap  dimiliki pegawai atasan tersebut di samping turut menitipkan doa.


 


Sementara itu untuk info, Murali pernah menggondol beberapa anugerah sepanjang berkarya sebelum ini antaranya dinobatkan Pengarah Terbaik Drama pada Anugerah Skrin (ASK) 2008 menerusi drama Suara Saleha dan mengulanginya pada ASK 2010 (drama Sebelum Akhirat). KitaReporters


MURALI ABDULLAH. - Kredit foto: FB Murali Abdullah

15
8
0
9
0
You will be interested