Insan & Komuniti 30 Jul, 2024

Indahnya Hidup Bersyariat! Usaha berterusan santuni Orang Asli! JHEAT ajar cara sembelih binatang!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

 

Sekumpulan masyarakat Orang Asli diajar cara pnyemblihan ternakan dn melapah daging


JABATAN Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melebarkan Program “Indahnya Hidup Bersyariat” bagi mengembangkan lagi syiar Islam dalam kalangan masyarakat termasuk golongan Orang Asli. 

Program Siri Kedua program anjuran jabatan itu kali ini memberi fokus kepada penduduk Orang Asli di Sungai Sayap, Hulu Besut, Terengganu.


Mengikuti ceramah agama


Menerusi Program Santuni Masyarakat Orang Asli "Indahnya Hidup Bersyariat" siri kedua ini, ia membabitkan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). 

Program menyantuni masyarakat Orang Asli Sungai Sayap, Besut yang dianjur bersama oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga berlangsung di Masjid Felcra Keruak, Kampung Sungai Pergam, Besut.

Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu,Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Mohd Husaimi Hussin,

Seramai 80 keluarga Orang Asli dari kampung terbabit menghadiri program berkenaan.


Menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Orang Asli.


Program tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman tentang pengamalan Islam dalam penyembelihan binatang, memberi pendedahan kepada Orang Asli untuk memantapkan akidah melalui solat dalam slot ceramah dan memperbaiki tatacara wuduk dan solat melalui fasilitator yang dilantik.

Penganjuran program itu memberi banyak manfaat kepada golongan Orang Asli untuk mempelajari hal ehwal agama Islam serta kaedah amlan yang betul. 

Mohd Husaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Hulu Besut berharap agensi kerajaan negeri itu  kerap menganjurkan program kepada komuniti Orang Asli supaya mereka tidak tersisih daripada mengetahui hal ehwal semasa dan bantuan yang disalurkan oleh kerajan kepada mereka. - KitaReporters


Mohd Husaimi Hussin bersalaman dengan peserta program

12
13
0
16
0
You will be interested