Menulis lahir daripada bakat semula jadi. Menulis juga boleh dipelajari dan dipraktikkan untuk menjadi hobi dan kerjaya.
Jika ada yang bertanya apa yang boleh kita buat untuk menjadi penulis yang baik dan penulisan kita melekat dihati pembaca?? Biasanya orang kata penulis yang baik menjiwai setiap penulisannya. Mereka menulis dengan hati dan perasaan serta ada roh dalam penulisan berkenaan.
Namun dalam sebuah TikTok yang dikongsi oleh Dilla93/Borak Buku, beliau mengambil ilmu yang dikongsi oleh Zainal Rashid Ahmad seorang wartawan dan penulis sastera serta bekas Pengasas Garasi TV yang mengatakan menulis bukan hanya sekadar untuk jadi penulis, tetapi kita menulis sesuatu untuk dibaca oleh diri sendiri supaya menjadi orang yang lebih bermakna dan memahami apa yang kita sendiri tulis.
Secara ringkasnya dalam video TikTok berkenaan, Zainal Rashid Ahmad mengatakan "tulislah sesuatu yang kita sendiri nak baca, untuk peringatan pada diri sendiri."
Secara falsafahnya beliau mahu menggalakkan orang menulis dengan menganggap menulis bukanlah hanya untuk menjadi penulis yang bahan kita tulis untuk dibaca orang. Tapi penulisan itu juga untuk dibaca oleh diri sendiri.
Dengan kata lain penulisan itu menjadi lebih bermakna pada diri kita sendiri bila kita faham benar-benar apa yang kita tulis.
Dalam kita bermedia sosial, proses menulis menjadikan kita menggunakan otak kita dengan bijak. Ini supaya bila mahu menulis sesuatu yang berharga bermanafaat bagi menjadikan kita penulis yang menulis sebagai manusia dan bukan hanya menulis sekadar ikut suka jari tanpa memikir.
Kesimpulan yang boleh didapatkan daripada video TikTok Zainal Rashid ini ialah apabila kita menulis dalam media sosial kita dapat memanusiawikan penulisan kita untuk dimaafaatkan oleh pembaca dan bukan hanya menulis tanpa berfikir yang boleh membawa banyak keburukan pada pembaca seperti rasa sakit hati, terhina dan rasa dibodohkan.
Menulis juga memberi kita kefahaman yang mendalam menegnai apa yang mahu kita sampaikan pada pembaca. Justeru menulislah untuk kebaikan diri dan orang lain. - KitaReporters