Insan & Komuniti 05 May, 2025

Video| Abang bomba! Padamkan api kemarahan, duka lara gadis putus cinta! Datang sedih, pulang gembira!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.



Anggota bomba adalah antara petugas yang perlu dihargai sumbangannya. Mereka bukan sahaja dengan tugas utama memadam kebakaran. Mereka juga turut bertugas menyelamat nahas lain termasuk menyelamatkan binatang dan sebagainya. 

Pendek kata ahli bomba perlu memiliki pelbagai kebolehan menyelamat walaupun bahaya. Kerana itu perkhidmatan bomba kini dikenali sebagai bomba dan penyelamat.

Selain tugas hakiki mereka, ahli bomba juga kadangkala perlu menjalankan tugas sampingan. Malah boleh membuat kerja kaunseling.

Ia seperti apa yang berlaku terhadap beberapa anggota bomba atau pemadam kebakaran (disebut damkar di Indonesia) di sebuah balai bomba di Cibonong, Bogor, Jawa Barat.


Seorang gadis bernama Puput datang ke balai bomba Cibonong kira-kira jam 8.10 malam pada 30 April 2025. 

Puput datang bukan untuk membuat laporan kebakaran, sebaliknya meminta ahli-ahli bomba balai itu memadamkan api yang membara dalam hatinya dan mengubat hatinya yang luka.

Puput datang dalam keadaan emosional kerana putus cinta pada hari jadi ke-22-nya.

Lalu tiga anggota bomba sedia menjadi kaunselor dengan menasihat Puput menerima berita duka itu sebagai menjadi pengalaman berguna dan mempunyai masa untuk mencari cinta sejati.

Anggota bomba balai itu turut mengadakan acara ulang tahun dengan meminta Pipit meniup kek hari jadi dan mereka bertepuk tangan dengan memberi ucapan selamat hari jadi.


Nasihat para anggota bomba itu berjaya membuat Pipit tenang. Datang sedih, pulang gembira.  Puput pulang dengan perasaan lega dan gembira.

Keadaan itu turut membanggakan anggota bomba Cibonong yang bertugas. Mereka berjaya menjalankan tugas sampingan itu dengan baik. Periswiwa itu terakam dalam laman Instagram @bogor24update dan tular.

Ramai netizen yang memberi komen positif. Malah ada yang ingin mengunjungi balai bomba untuk mencurahkan masalah peribadi. - KitaReporters


12
10
0
14
0
You will be interested