Pengerusi Yayasan Warisan, Datuk Rahim Abu, menyeru masyarakat Melayu dan Islam menyertai Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-23 yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2025 di Hotel Borobudur, Jakarta, Indonesia.

Konvensyen DMDI ke-23 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Gambar hiasan... Konvensyen DMDI ke-21 di Phnom Penh menghimpunkan suara Melayu-Islam dari seluruh dunia.
Beliau berkata, konvensyen ini bertemakan Kesatuan dan Perpaduan (Unity and Solidarity) serta menjadi platform penting membina kerjasama serantau.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Melaka Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS), Ts. Mohd Affandi Mohd, turut mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia, khususnya anak Melaka di perantauan.
Manakala mantan Pengerusi PERMAS, Mohd Hanafiah Ahmad, menegaskan konvensyen ini kesinambungan perjuangan generasi terdahulu dan baharu.

Rahim Abu.

Ts Mohd Affandi Mohd.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai dan organisasi yang berminat boleh menghubungi Sekretariat DMDI Melaka melalui Facebook @sekretariatdmdimelaka, emel [email protected] atau talian +60 19-463 8324 bagi tujuan tempahan ruang penyertaan. - KitaReporters
