Insan & Komuniti 24 Aug, 2023

Video| Tolong kami! Bantu adik Aliff Firas! Hanya makan roti untuk hidup! Muntah jika jamah nasi!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this

 

KEGEMARAN… Aliff Firas Abdul Rahman suka makan roti putih Gardenia mengantikan nasi. 


PELIK! Namun itulah sikap Aliff Firas Abdul Rahman, kanak-kanak berusia lapan tahun dari Kuala Kedah Kedah yang ‘muntah hijau’ apabila menjamah nasi.

Lantas untuk mengalas perutnya, Aliff Firas hanya menjamah roti putih terutama daripada jenama Gardenia yang menjadi kegemarannya.

Menurut Aliff Firas yang berasal dari Kubang Jawi di Kuala Kedah itu, bukan setakat makan malah melihat sebutir nasi juga sudah membuatkan diri tidak keruan.

Selain roti putih, kanak-kanak darjah dua ini turut menyukai kentang goreng, kuih donat dan kek coklat.

Menurut ibunya, Nor Hayati Zainon, 45, Aliff Firas yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menggemari nasi sejak kecil.

Kata suri rumah ini, dia pernah memaksakan Aliff Firas ketika berusia dua tahun untuk makan nasi tetapi muntah sehingga pucat selepas itu. “Sejak itu saya tak paksa dia lagi makan nasi,” katanya.



Nor Hayati berkata, anaknya itu paling menggemari roti putih Gardenia selain roti berintikan jagung atau coklat.

“Firas paling suka roti putih Gardenia kalau pek kecil itu kadang-kadang satu hari saja. Kalau pek besar macam bonanza atau jumbo ka tahanlah dua hari. Dia juga suka roti Gardenia yang inti coklat, kadang-kadang dua ke empat biji sekali makan saja,” katanya.

Menurut suri rumah ini, dia dan suami, Abdul Rahman Abdullah, 46, pernah membawa Aliff Firas berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan tentang tabiat anaknya itu.

“Ketika berusia enam tahun kami pernah bawa dia jumpa doktor tetapi doktor cakap itu biasa sahaja, perangainya akan berubah bila semakin besar. Sekarang sudah lapan tahun tetapi perangainya semakin menjadi-jadi.

“Tengok nasi pun dia merasa geli, pernah adik dan abangnya mengusik menunjuk-nunjuk sebutir nasi terus lari keliling rumah. Saya pun pening dalam keluarga dia seorang saja perangai macam ini,” katanya.

Kata Nor Hayati, pendapatan keluarga yang agak terhad ditambah faktor kesihatannya yang turut menghidap kanser amat sukar bagi keluarga itu menyediakan keperluan makanan kanak-kanak tersebut.

“Suami hanya kerja kampung sahaja sejak saya hidap kanser payudara ketika mengandungkan anak bongsu saya. Sekarang sudah bedah tetapi sejak akhir-akhir ini selalu sakit, doktor kata mungkin sel kanser itu merebak ke tempat lain.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan kepada Norhayati melalui akaun Bank Islam bernombor 0201 1021 1135 98. - KitaReporters

ANEH… Aliff Firas Abdul Rahman (kanan sekali) di samping Nor Hayati Zainon dan adik beradiknya ketika ditemui di rumah, Kampung Pegawai Kubang Jawi, Kuala Kedah, Kedah.

 

10
6
0
7
0
You will be interested