SEBELUM INI Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Pemangku Raja Pahang dan Tengku Matten Abdul Mateen ibni Hassanal Bolkiah putera ke-10 Sultan Brunei dilabel sebagai bujangan idaman anak-anak dara yang ibu-ibu berangan menjadikan mereka "menantu".
Tapi tunggu dulu, tetiba muncul seorang lagi putera yang disembunyikan versi Cinderella, sangat menarik peribadinya. Lucu macam bondanya, kuat mengusik orang-orang terdekatnya dan kelakar apabila sesekali dia tunjuk sifat latahnya yang comel.
Dia ialah Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.
Dalam Kembara Kenali Borneo Yang Dipertuan Agong dan Tuanku Permaisuri Agong ke Sabah, pada awal September 2023, tetiba tumpuan anak-anak gadis negeri itu terpaut pada wajah putera raja yang disifatkan mempunyai senyuman sangat manis dan perwatakan ada jiwa rakyat.
Bagi penduduk Sabah mereka sangat bertuah bila Yang Dipertua Agong membawa anak-anaknya melawat negeri di Bawah Bayu itu, sekali gus dapat dihiburkan dengan gelagat lucu putera dan puterinya.
Ia menjadi tarikan utama membuatkan sebahagian penduduknya menunggu di sepanjang jalan kenderaan diraja itu lalui, malah ada yang sanggup berhujan dan tunggu di tepi jalan pada awal pagi semata-mata untuk menatap wajah Tuanku anak beranak.
Lebih menawam lagi apabila penduduk yang melihat romantisnya, Tengku Muhammad memandu kenderaan dalam hujan sambil menyifatkan dia macam "berlakon" ala-ala Shah Rukh Khan dalam salah satu aksi filem Janam..Janam.
Seorang warga TikTok, ggdz yang memuat naik video menulis Tengku Muhammad versi Shah Rukh kena hujan itu turut memuat naik catatan yang pasrah.
"Astaga, bila la kita boleh move on ni gais, Sakit suda kepala aku ni nda cukup tidur minggu ini gara-gara melayan video diorang di Fyp. Haiih."
Habislah diviralkan video Tengku Muhammad basah ditimpa hujan dan kelihatan kacak dibasahi air hujan.
Warga Netizen terus melabelkan putera ini ala-ala SRK sambil lagu itu dijadikan latarbelakang. SRK berangan menari dengan Kajol, padahal dia sedang betulkan enjin saja itu.
Diputerakan pada 3 Ogos 1997, merupakan putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lantas kerana terlalu sayangkan, orang Sabah yang memberi komen penuh cinta sayang kepada putera itu.
Kata OH Yen, "Tengku Muhammad ko ambil la Sabah ni!" terus dikomen oleh Liz, "Win, jadilah Sultan Sabah" disokong oleh Moktie 1905.
Sugar pop yang "gatal tangan" turut memuat naik komen, "Harap-harap laki aku tidak tengoklah di setiap video Tengku Muhammad orang post, aku komen."
Misiyu yang sedang hamil pula mendoa supaya wajah Tengku Muhammad dapat pada bakal anaknya dengan kata-kata agak menarik," Semoga anakku ada kenan mukanya Tengku Muhammad." dibalas oleh @baBuayu86, moga baby nanti manis-manis macam Tengku Muhammad.
Seorang lagi keanomud berkata, "Ambilmu la Sabah ni Tengku...Lelaki Sabahan mahu pindah lain planet laa sudah. Ayokk guyss pindah kita," menggambarkan betapa Tengku Muhammad sudah mencuri hati semua anak-anak gadis dan mak-mak Sabah.
Sofea Jane menulis. "Mana sudah bini-bini orang, ayuh la balik kita. Malar sesat je sejak dua menjak ini. Hahaha healing paling santai dan nda payah keluar duit. Tengok handpone ja, malar perasan sendiri."
Sambil disampuk oleh rosshafinahalias," Lama betul aku duk Sabah minggu ni..tak jumpa jalan pulang ke Terengganu lagi ni," Vanilla pula kata,"Rasa macam aku Kajol tengah berlari-lari mengejar." - KitaReporters