Insan & Komuniti 08 Sep, 2023

Kemahiran komunikasi industri ekopelancongan! AMER, APU dan UIAM bina keyakinan penduduk Orang Asli!

@m. azim
I have nine years of experience in the media industry whereby previously I was working with Bernama TV, Utusan Malaysia, and Utusan Online . Other than that, I also published my book regarding journalism which is "Kewartawan Era Digital".

Share this

Dr. Nor Azrul Mohd Zin (depan) bersama dengan sebahagian dengan pelajar APU


Persatuan Penyelidik Malaysia dalam Persekitaran-Perilaku atau Association of Malaysia Enviroment-Behaviour Reseacher (AMER) dengan kerjasama Asia Pacific University (APU) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pagoh, Johor menganjurkan program "Indigenous in Eco-Tourism 1.0 (Communication)" (Pribumi dalam Ekopelancongan 1.0 - Komunikasi). 

Program yang julung-julung kali itu diadakan itu adalah bagi memberi pemahaman dan pengetahuan yang lebih meluas terhadap kaedah kemahiran berkomunikasi yang lebih efektif.

Malah program itu menumpukan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong, Johor yang tertumpu kepada golongan dewasa berusi antara 25 tahun hingga 55 tahun.



Menurut penyelaras program, Dr Nor Azrul Mohd Zin, program itu adalah pertama kali seumpamanya diadakan selain berharap dapat dianjurkan pada setiap tahun bagi membantu kemahiran komunikasi industri ekopelancongan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, program seumpama itu diharapkan dapat diperluas lagi di komuniti Orang Asli yang lain selain lebih banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berminat untuk bekerjasama dengan pihaknya.

"Kita melakukan pelbagai aktiviti dan simulasi kepada peserta komuniti Orang Asli ini selain mereka turut berkongsi kepada kami pemain tradisional mereka iaitu kercang dan anyaman.

"Program ini juga mendapat bantuan dan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Muar dan Tangkak bagi menjayakan program seumpama ini," katanya.


Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Panjang berkongsi ilmu membuat anyaman


Peserta yang menyertai program berkenaan turut melakukan simulasi ketika berhadapan dengan pelancong bagi meningkatkan keberanian dalam diri masing-masing sekali gus mampu membantu mengalakkan kedatangan pelancong.

Selain program mempertingkat kemahiran komunikasi, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, pertandingan menyelesaikan permainan kercang terpantas dan anyaman tradisional.

Antara pertandingan kercang yang diadakan termasuklah Kercang Kahwin dan Kercang Tipah Tertipu yang mana setiap jenis kercang berkenaan mempunyai falsafah tersendiri untuk dimainkan.

Pengerusi Kampung Orang Asli Bukit Panjang, Suriati berkata, terdapat pelbagai perkongsian maklumat dapat dibuat menerusi program seumpama ini terutama dalam mendidik generasi pascamerdeka.

"Program ini membuatkan penduduk setempat lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan pelbagai situasi pada masa hadapan," ujarnya. - KitaReporter


11
13
0
10
0
You will be interested