Insan & Komuniti 06 Oct, 2020

Terbaiklah Malaysia! Ramai tampil bantu mahasiswa terkandas!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

RAKYAT Malaysia sememangnya murah dengan pertolongan, ada sahaja individu dilanda musibah dan kesusahan pasti ada yang ‘laju’ menghantar pertolongan. Itulah sikap rakyat di negara kita tanpa mengira agama, fahaman politik ketika ini semuanya sama sahaja yang penting golongan yang berada dalam kesusahan perlu diutamakan dan diberikan bantuan. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan universiti:

https://kitareporters.com/search?search=universiti


Berikutan keputusan mengejut Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) untuk menangguhkan kemasukan pelajar baharu dan lama di semua institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara selepas peningkatan mendadak kes terbaharu COVID-19 membuatkan ramai yang tampil menghulur bantuan bagi meringankan beban golongan mahasiswa ekoran keputusan tersebut.

Ini termasuklah Imam muda Asyraf yang memahami keperitan yang  dilalui mahasiswa-mahasiswa yang terkandas di Lembah Klang, khususnya di ibu kota.


Juara Imam Muda musim pertama itu menerusi Instagram miliknya turut menawarkan bantuan kepada mahasiswa yang terkandas dengan menawarkan rumah tumpangan buat sementara waktu.

Mulianya hatimu…

"Jangan risau. Doa banyak2 pada Allah agar dipermudahkan urusan. Insya Allah ada penginapan percuma. Hanya kepada student yang betul-betul memerlukan tempat penginapan. Terhad hanya kepada beberapa orang sahaja. Kita cuba sedaya yang mampu. Homestay berdekatan Bandar Baru Bangi," kongsinya dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Beliau turut berkongsi video membeli barangan untuk dihantar kepada rumah tumpangan yang disediakan untuk kemudahan pelajar yang memerlukan.


Dikhabarkan Imam muda Asyraf menyediakan sebuah rumah tumpangan kepada mahasiswa berkenaan di sekitar Bandar Baru Bangi kepada mereka yang tiada tempat berteduh.

Semoga keikhlasan membantu golongan yang dalam kesusahan ini mendapat pahala daripada-Nya.

Selain Asyraf, penceramah bebas yang sangat bermurah hati, Ustaz Ebit Lew juga tidak melepaskan peluang ini untuk membantu mereka yang berdepan dengan kesukaran.

Beliau sanggup mengeluarkan kos untuk menyewa bas untuk menghantar semula mahasiswa yang datang untuk mendaftar untuk kemasukan ke universiti pulang ke kampung masing-masing.


Syukurlah… ramai yang tampil membantu!!

Bukan golongan yang dikenali  seperti selebriti sahaja menawarkan bantuan, malah golongan marhain juga tidak melepaskan bantuan dengan cara tersendiri.


Pengguna Twitter dikenali sebagai @siewpakchoi menawarkan tiket bas bagi membantu mereka yang terkandas. "Kalau ada yang stranded nak balik Dungun ada dua tiket dari Klang Sentral. Dm apa2 hal,"ciapnya.

Pelbagai kaedah boleh dibantu hari ini dengan kecanggihan teknologi.

“Kepada mana-mana pelajar Universiti Malaya (UM) yang memerlukan bayaran untuk penginapan atau pengangkutan untuk balik ke rumah mesej terus kepada saya! Saya tidak perlukan duit untuk penginapan, jadi Alhamdulillah. Saya ada duit lebih daripada PTPTN. Saya akan cuba bantu,” ciap pengguna Twitter dikenali Rashifa.

Beruntungnya kita semua… pada saat ramai yang menderita dalam kekalutan ada lagi tangan-tangan ghaib yang cuba menghulurkan bantuan.

Semoga sikap mulia rakyat di negara ini berterusan sampai bila-bila tanpa memikirkan kepentingan sendiri. Allah sahaja yang dapat membalas budi semua yang tampil membantu. - KitaReporters

Kredit foto: yunfila.com

2
0
0
0
0
You will be interested