Insan & Komuniti 06 Oct, 2020

Tolong kami! Azuan terlantar di katil akibat penyakit saraf!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Rakan-rakan Mohd Azuan Abd Ghani yang terlantar dikatil sejak dua bulan lalu membuat kejutan pada hari lahirnya yang ke-27 pada 5 Oktober 2020 lalu. Amer Farhan Azmi, 28, yang berkawan sejak di bangku sekolah lagi bersama lebih 15 rakan lain menghadiahkan kek semasa berkunjung ke rumah Azuan di Taman Sri Murni Selayang, Kuala Lumpur. : KitaReporters

Mohd Azuan Abd Ghani, 27, terkejut dengan kek yang dibawa oleh rakan-rakannya.


Lagi cerita-cerita berkaitan hari lahir:

https://kitareporters.com/search?search=hari+lahir


"Tujuan kami adalah untuk mengembirakan Azuan yang terlantar di katil sejak dua bulan lalu akibat serangan saraf secara tiba-tiba selepas mengadu sakit belakang dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Ampang," kata Amer Farhan ketika dihubungi.

Amer Farhan Azmi bersama rakan-rakan melancarkan tabung untuk membantu Azuan.


Dalam pada itu, Azuan yang dihubungi berkata selepas mengambil ubat di Klinik Kesihatan Ampang keadaannya bertambah serius pada keesokan harinya kerana tidak boleh bergerak.

"Saya seterusnya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan pada pinggang," ujarnya lagi.

Kehidupan harian Azuan kini diuruskan oleh ayahnya selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan.

Kucupan kasih seorang ayah sempena hari ulang tahun anaknya.


Abd Ghani Abd Malik, 59, pula berkata, anaknya tidak boleh mengerakkan pada bahagian punggung dan kedua-dua kakinya. 

Azuan bekerja sebagai penghantar barangan 'runner schmaco' selama tujuh tahun dan mempunyai seorang isteri dan anak perempuan berumur setahun lima bulan.

Amer Farhan Azmi bersama rakan-rakan melancarkan tabung dan menyerahkan tabung berkenaan kepada ayah Azuan, Abd Ghani.


Memandangkan ayah Azuan seorang pesara, rakan-rakannya telah melancarkan tabung bagi membantu keluarga ini membeli barangan keperluan harian seperti lampin pakai buang dan juga mengharapkan sumbangan katil dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi talian 0176778208 (ayah Azuan, Abdul Ghani) atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 114150118039 (Abd Ghani Abd Malik).

Moga sumbangan ini dapat membantu Azuan untuk mempercepatkan usaha memulihkan kesihatan dan bekerja untuk menyara keluarganya nanti. - KitaReporters

Rakan-rakan membacakan doa sempena hari kelahiran Mohd Azuan Abd Ghani.

7
5
50
1
3
You will be interested