Insan & Komuniti 19 Feb, 2021

Penduduk, polis bingung! Janda dakwa hanya mengandung sejam sebelum bersalin bayi perempuan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BAYI perempuan seberat 2.9 kilogram yang dilahirkan oleh Siti Zainah selepas dia mendakwa mengandung hanya satu jam sahaja. - Kredit foto: Tribunnews


KEJADIAN aneh tetapi benar ke atas seorang janda berusia 25 tahun yang mendakwa dirinya hanya mengandung selama satu jam sahaja sebelum melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada 10 Februari 2021 lalu amat membingungkan pihak polis di wilayah Jawa Barat.

Siti Zainah yang tinggal di Kampung Gabungan RT 02/02, Desa Sukapura, Kecamatan Cidaun, Kabupaten Cianjur mengakui sebelum itu dia tidak pernah hamil dan keadaan perutnya normal. 

Janda itu berkata, dia mengandung dalam keadaan sekelip mata sahaja kerana sebelum bersalin bayi perempuan itu, kedatangan haid pada dirinya seperti biasa  setiap bulan selalu datang selain wanita itu tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan sesiapa.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan aneh:

https://kitareporters.com/search?search=aneh

SITI Zainah bersalin di rumahnya di Kampung Gabungan RT 02/02, Desa Sukapura pada 10 Febuari 2021. - Kredit foto: Tribunnews


Portal Tribunnews dipetik melaporkan pada 13 Februari 2021, Siti Zainah yang sudah mempunyai seorang anak itu telah berpisah dengan suaminya warga Kecamatan Agrabinta sejak empat bulan lalu.

Wanita itu memberitahu, kejadian itu bermula sewaktu dia sedang bermain-main dengan anak sulungnya di rumahnya dan secara tiba-tiba perutnya terasa sakit pada pukul 12.45 Waktu Indonesia Barat (WIB). 

Menurutnya, sebelum bersalin bayi tersebut dia merasakan ada sesuatu seperti angin yang memasuki ke dalam kemaluannya menyebabkan dia serta ahli keluarga menjadi kelam kabut sehingga terpaksa memanggil seorang bidan.


JIRAN Siti Zainah yang datang menziarahinya selepas dia bersalin bayi perempuan. - Kredit foto: Tribunnews


Selepas itu, Siti Zainah berkata, kira-kira 15 minit kemudian perutnya secara tiba-tiba menjadi buncit serta membesar dan kadangkala mengepis.

``Apa yang berlaku dengan keadaan perut saya sewaktu itu amat mengejutkan dan ia terjadi  dalam masa satu jam sebelum perut saya selalu sakit serta memulas menyebabkan beberapa kali saya buang air besar. 

``Setelah itu saya terasa seperti hendak bersalin dan akhirnya saya melahirkan seorang bayi perempuan dengan dibantu oleh bidan itu dan saya sendiri tidak menjangkakan akan bersalin kerana sebelum ini saya tidak pernah mengandung,’’ katanya. 

Apa-apa pun Siti Zainah tetap menganggap apa yang berlaku ke atas dirinya hanya mengandung selama sejam itu sebelum melahirkan bayi adalah ketentuan Allah dan bayi itu dalam keadaan sihat dan normal.  



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cidaun, AKP Sumardi berkata pihaknya turut hairan memikirkan dengan kejadian Siti Zainah itu yang sebelum ini tidak pernah berlaku. 

Menurutnya, mana mungkin hamil dalam masa satu jam kemudian bersalin dan bayi pula sihat serta normal kecuali wanita itu mengandung sembilan bulan yang tidak seharusnya dipersoalkan lagi.

``Polis akan mengesan bekas suaminya yang dipercayai kini berada di Kecamatan Agrabinta untuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan polis terhadap wanita itu mengenai kejadian tersebut. 

``Walaupun sepasang suami isteri itu sudah bercerai sejak empat bulan lalu tetapi maklumat daripada bekas suami Siti Zainah sangat mustahak selain kita mengambil laporan daripada seorang bidan yang menguruskan kelahiran bayi perempuan itu,’’ katanya. - KitaReporters


 SELEPAS Siti Zainah selamat bersalin bayi perempuan.

4
5
5
20
5
You will be interested