Insan & Komuniti 02 Feb, 2021

Wow! Adik yang baik hati! Ubah suai rumah teres dua tingkat! Sebagai hadiah perkahwinan abang

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MEMBELI hadiah kepada kawan rapat atau ahli keluarga terdekat yang mendirikan rumah tangga semestinya berkisar kepada barangan keperluan rumah maklumlah mahu berumah tangga pasti memerlukan peralatan rumah. 

Tidak kira apa sekali pun barangan tak kira mahal mahupun murah semuanya sesuai dihadiahkan sebagai pemudah kepada si dia untuk menjalani kehidupan selepas berkahwin.

Namun berbeza dengan seorang pemuda ini yang membuat kejutan kepada abang yang baharu mendirikan rumah tangga dengan memberikan hadiah istimewa dengan cara yang luar biasa.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan



Berkongsi kisah dalam Twitter, pemilik akaun @Afn Hmzn berkata dia mengambil masa selama empat bulan sebelum menyerahkan hadiah istimewa itu.

Pemilik nama sebenar Muhammad Arib Affan Mohd Hamzan berkata, dia memperuntukkan RM90,000 untuk mengubah suai sebuah rumah teres dua tingkat sebagai hadiah kahwin kepada abangnya.

Wow lumayan hadiah!




“Ambil masa empat bulan ubah suai rumah abang saya, ia adalah hadiah kahwin kepada abang saya dan semuanya percuma,” kongsinya dalam Twitter sehingga menjadi tular dalam media social beberapa hari lalu.

Bagus betul ada adik seperti pemuda ini!

Menurutnya, rumah berkenaan adalah sebuah rumah teres dua tingkat dan berusia lebih 20 tahun.

Namun selepas di ‘makeup’ semula rumah tersebut  tampil moden dan luas.

Wow bukan kaleng-kaleng orang ini hadiah pun ribuan ringgit!!



Turut dkongsikan beberapa gambar bahagian di rumah berkenaan yang asal dan selepas diubah suai.

Cantiknya! Kalau dah kreatif semua jadi.

Mesti abang dan kakak iparnya teruja dan tak sabar nak masuk rumah baru kan?

Semoga @Afn Hmzn terus dimurahkan rezeki… daripada tolong orang lain lebih baik dahulukan adik beradik sendiri kan?

Terbaiklah awak nih! - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested