Insan & Komuniti 30 May, 2020

Beri sumbangan kepada masjid! Terima kasih Lee Chong Wei!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

NAMA Datuk Lee Chong Wei (LCW) sememangnya tidak asing lagi dalam arena sukan badminton. Sebut saja namanya, semua orang kenal dek kerana kejayaan beliau dalam sukan badminton. Terbaharu, Chong Wei telah memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. : KitaReporters 


Ketika ini masyarakat masih dalam mood raya biarpun ia tidak sama seperti tahun sebelum ini. Kemeriahan itu tetap dirasai.  

Paling dirasai sudah pasti keadaan di masjid kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, masjid antara tempat menjadi larangan umat Islam yang biasanya mengimarahkan masjid. 

Namun, sumbangan dalam bentuk wang tunai serta kelengkapan masjid daripada Chong Wei ini sudah pasti dapat menambahkan lagi kecerian serta menampung kekurangan yang ada di masjid tersebut. 

Kredit FB Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala



Apa yang dilakukan oleh Chong Wei ini ada contoh positif biarpun ia berlainan agama, namun atas dasar kita masyarakat Malaysia, maka bantuan yang diberikan tidak kira agama serta warna kulit

Mungkin selepas ini akan lebih ramai atlet tampil membantu masyarakat di luar sana.

Pelbagai bantuan boleh disalurkan kepada masyarakat mengikut kreativiti dan kemampuan individu tersebut. 

Meskipun tidak bergiat aktif lagi selaku pemain profesional negara, beliau masih lagi membantu secara tidak langsung pasukan badminton negara bagi memastikan kem negara sentiasa berada pada tahap terbaik

Sejak mengumumkan persaraan pada 2019 dari dunia badminton kerana sakit kanser yang dihadapi beliau, nama Datuk Lee Chong Wei agak sepi dan beliau lebih banyak meluahkan masa bersama isteri serta anak-anaknya

Kredit goto:  IG Lee Chong wei official 


Ye la, sejak mereka kawin, masa bersama itu sangat terhad. Jadi inilah masa terbaik untuk mereka bersatu menikmati serta mencipta memori baharu. 

Untung nasib, anak-anak Chong Wei dapat adik baru!!!! 

Apa pun, masyarakat sudah pasti merindui aksi beliau di gelanggang dan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia badminton. 

Ketika ini, untuk melihat siapa penganti Datuk Lee Chong Wei masih kabur.

Namun kita berharap, akan ada sandaran utama yang mampu bawa nama Malaysia seperti mana Datuk Lee Chong Wei lakukan sebelum ini. - KitaReporters

2
4
0
0
0
You will be interested