KETIKA semua warga Besut, Terengganu tinggal di rumah masing-masing kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 sejak 18 Mac 2020, tidak ramai yang tahu masih ada insan yang bebas berkeliaran sendirian tanpa diambil peduli oleh pihak berkuasa. Gelagat seorang wanita mengundang rasa misteri dan simpati dalam media sosial. : KitaReporters
Mak Cik Azura sedang memasak nasi menggunakan kayu api di tepi Sungai Jertih
Wanita yang berusia lingkungan 60 tahun itu kelihatan mundar mandir di tengah bandar Jertih kerana dia tidak tahu apa yang berlaku di seluruh dunia menyebabkan hidupnya seperti biasa.
Malah, pergerakan beliau begitu bebas tanpa sebarang sekatan walapun orang lain terpaksa berkurung di rumah kerana PKP.
Dia yang tinggal dalam rumah kotak di bawah jejantas menghala ke Masjid Hadhari, Jertih, Terengganu dipercayai sudah bertahun-tahun tinggal sebatang kara di 'rumah' buatan sendiri.
Tular dalam Facebook Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) yang turut memaparkan sekeping
gambar wanita itu dalam keadaan bogel berdiri di hadapan rumah kotrak miliknya.
Ramai
netizen yang mengenali wanita itu dengan panggilan Mak Cik Azura kerana dia
dikatakan pandai berpantun dan baik orangnya.
Tular dalam Facebook Kumpulan Anak-Anak Jertih Besut (AAJB) mengenai wanita misteri
Ketika Ramadan wanita terbabit dilihat sedang memasak nasi pada siang hari di tebing Sungai Jertih menggunakan dapur kayu tidak jauh dari tempat rumah kotak yang menjadi kediaman wanita itu.
Berikutan
penularan kisah wanita itu dalam media sosial ramai netizen meminta pihak berkuasa
mengambil tindakan membawa wanita itu ke mana-mana pusat jagaan wanita bagi menjaga keselamatannya.
Malah, ada
yang meminta perkara itu dipanjangkan kepada Ustaz Ebit Lew yang dipercayai
dapat membantu kehidupan wanita berkenaan.
Sebahagian komen netizen mengenai wanita misteri dalam FB Anak-Anak Jertih Besut (AAJB)
Penduduk, Ramlan Daud, 55, berkata pihak terbabit sepatutnya mengambil tindakan memindahkan wanita itu ke tempat yang lebih selamat.
Katanya,
tidak diketahui dari mana beliau mendapatkan bekalan makanan dan minuman terutama
sepanjang bulan Ramadan kerana PKP dan tidak ada kedai makan yang beroperasi.
Rumah kotak di bawah jejantas tempat kediaman Mak Cik Azura
Mojo Kitareporters cuba menghubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut, untuk mendapat penjelasan lanjut berhubung status Mak CiK Azura.
Bagaimanapun,
jurucakap JKM Besut ia bukan tanggungjawab pihak JKM, sebaliknya di bawah bidang
kuasa agensi lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, kes wanita terbabit sebelum ini sudah dalam pengetahuan Jabatan Kesihatan Daerah Besut. - KitaReporters