Kisah Insan 12 May, 2022

Video| Dulu Mek Motor sekarang Mek Grab! Husnul Hidayah gemar jadi runner! Aktif aktiviti lasak!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Husnul Hidayah Hassan beraksi di atas motosikal sebelum memulakan aktiviti konvoi bermotosikal


KERANA minat mendalam dalam aktiviti permotoran dia pernah digelar sebagai “Mek Motor” tetapi selepas sekian lama bergiat dalam hobi berkenaan dia kini menggunakan pengalaman menyertai aktiviti lasak tersebut kepada kerjaya lebih mencabar dengan melakukan kerja penghantaran barang-barang

Suri rumah, Husnul Hidayah Hassan, 35, dari Kampung Pacakan, Kuala Besut, Terengganu, memilih kerjaya sebagai “runner” kerana ia peluang terbaik untuk mengenali masyarakat di merata tempat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar barang

Husnul Hidayah Hassan



Husnul Hidayah, ibu kepada lima anak, tidak menyesal memilih sebagai runner kerana pernah melakukan kerja-kerja lasak sejak lima tahun lalu. 

Katanya, pengalaman menyertai aktiviti permotoran dengan menggunakan motosikal menjelajah ke seluruh negara menyebabkan dia tidak kekok untuk membabitkan diri dalam penghantaran barang-barang kiriman pelanggan.

Beliau berkata, selain menggunakan motosikal dia juga sering memandu lori untuk membawa barang-barang kiriman pelanggang ke seluruh pelosok negara.  

“Jika dalam jarak dekat sekitar Negeri Terengganu dan Kelantan dia menggunakan motosikal dan kereta, tetapi jika ada permintaan luar dari Terengganu saya terpaksa memandu lori untuk menghantar barang-barang,” katanya.  


Sebahagian barang-barang berat untuk dihantar kepada pelanggan dengan menggunakan lori.


Husnul Hidayah menggunakan motosikal untuk penghataran barang kiriman bagi jarak dekat


Husnul Hidayah kini mendapat gelaran “Mek Grab” walaupun seorang wanita tetapi dia gemar melakukan kerja-kerja yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki. 

Malah, kata beliau, suaminya seorang makanik tidak pernah menghalang kerja-kerja yang dilakukan beliau, sebaliknya sentiasa memberi galakan.

“Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, saya banyak menerima permintaan pelanggan untuk menghantaran barang-barang,” katanya.

Husnul Hidayah berkata, beliau sedia menerima permintaan untuk perkhidmatan penghantaran pada bila-bila masa seluruh negara dan bagi mereka yang ingin memerlukan perkhidmatan boleh menghubungi beliau menerusi talian 011-19278858. - KitaReporters

Husnul Hidayah menggunakan kereta jika ada barang-barang berharga

17
14
4
15
1
You will be interested

Video| Terima kasih Adam! Anak usia 9 tahun kumpul duit raya! Beli hadiah kepada ibu! Cincin emas!

Seorang wanita berkongsi kisah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun lahirkan rasa terharu dengan gunakan wang rayanya untuk beli hadiah cincin emas kepada ibunya

Video| Remaja maut digilis lori! Mahu bertemu kakak untuk bayar hutang! Dan mohon 'cuti' bekerja!

Allahyarham Danial Haris Rosli, 18, sedang menuju ke rumah kakaknya apabila motornya termasuk ke jalan berlubang lalu terjatuh ke jalan raya dan diheret lori
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 days ago

Video| Terima kasih adik! Pilih jaga emak ayah! Sebab kau, abang berjaya! Pengakuan Hafiz Mahamad!

Kerana adiknya, Hafiz Mahamad capai kejayaan dan beliau tidak akan pernah lupa perkara itu. Katanya, kejayaan beliau hari ini adalah inspirasi daripada adiknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 4 days ago

Allahu! Gagal diberikan cucu! Ibu bapa saman anak kandung dan menantu! Selepas 6 tahun menunggu!

Di Uttarakhand, India pasangan warga emas nekad saman anak lelaki mereka sendiri dan menantu kerana gagal memberikan mereka cucu selepas tunggu lebih enam tahun
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

Piala Thomas 2022: Malaysia bantu India cipta sejarah ke separuh akhir? Apa nak jadi? Sampai bila?

Perjalanan skuad badminton negara terhenti pada suku akhir apabila tersungkur di tangan India 2-3 dalam saingan Piala Thomas 2022 yang berlangsung di Bangkok
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 1 week ago