Insan & Komuniti 17 Apr, 2022

Video| Dibelenggu kemiskinan semasa kecil! Tak mampu beli kasut bola! Pele akhirnya jadi legenda!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Pele merayakan gol yang dijaringkan dalam perlawanan akhir Piala Dinia 1970 menentang Itali. - Kredit foto : The Times.


DILAHIRKAN sebagai miskin bukan satu dosa dan hidup ini sememangnya tidak pernah terduga di mana kemiskinan sewaktu zaman kanak-kanak bukan ukuran seseorang itu harus terus bergelumang dengan onak dan ranjau sepanjang hayatnya.

Selain usaha keras dan nasib, bagaimana kita merebut peluang yang yang datang serta pengorbanan antara faktor utama yang mampu mengubah nasib seseorang termasuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Kebenaran hal tersebut dibuktikan oleh legenda bola sepak dunia, Pele atau pemilik nama Edson Arantes do Nascimento yang  menjalani kehidupan miskin ketika zaman kanak-kanaknya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan legenda bola sepak

Kemampuan Pele menjaringkan gol melalui teknik sepakan gunting dikagumi rakan dan lawan. - Kredit foto: The Independent.

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Tres Coraches di negeri Minas Gerais, Brazil, Pele adalah anak sulung daripada dua adik beradik kepada pasangan Celeste Arentes dan Joan Ramos 'Dodinho' do Nascimento yang merupakan seorang pemain bola sepak kelab Fluminense .

Zaman kanak-kanaknya, Pele terpaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai teh untuk mencari wang tambahan gara-gara tidak mampu membeli kasut bola dan pernah bermain bola sepak hanya menggunakan sarung kaki berisi surat khabar sebagai kasut sementara buah limau bersaiz besar pula dijadikan bola.

Beliau mendapat gelaran Pele hasil ejekan rakan-rakan sekolahnya disebabkan ketika itu dia yang pelat tidak mampu menyebut nama pemain kegemarannya, Bile iaitu penjaga gol pasukan CR Vasco da Gama.


Pele (tengah) bersama Maradona (kanan) dan Alessandro Altobelli (kiri) pada tahun 1987. - Kredit foto: AFP


Perjalanan hidup Pele yang lebih gemilang bermula ketika beliau berusia 15 tahun pada tahun 1956 selepas menyertai pemilihan pemain bola sepak kelab Santos yang hanya merupakan sebuah kelab kecil di luar Sao Paulo ketika itu. 

Seorang pencari bakat ketika itu tertarik dengan  bakat dimilikinya dan berjaya meyakinkan presiden kelab Santos bahawa Pele bakal muncul sebagai pemain terbaik dunia satu hari nanti, sekali gus membuka peluang untuknya menyertai Santos sebagai pemain. 

Kepercayaan pengurusan kelab Santos menurunkannya sebagai pemain buat pertama kali dalam perlawanan menentang Corinthians pada 7 September 1957 dibalas dengan menyumbang satu gol ketika pasukannya itu membenam pasukan lawan dengan jaringan besar 7-1.

Ketika berusia 16 tahun, Pele berjaya menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama pasukan senior Santos dan muncul sebagai penjaring utama pada akhir musim, sekali gus membuka ruang untuknya dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Brazil pada usia muda.

Karier cemerlang bola sepak Pele bermula ketika mewakili Brazil di Piala Dunia 1958 di Sweden di mana peminat bola sepak dunia tertumpu kepada bakat luar biasa dimilikinya terutama ketika menyumbang dua daripada lima gol Brazil untuk muncul juara menumpaskan Sweden 5-2 dalam perlawanan akhir.

Edisi tersebut juga mencatat rekod Pele menjadi pemain termuda merangkul kejuaraan Piala Dunia bersama pasukan Brazil pada usia 17 tahun dan rekod tersebut kekal sehingga hari ini


Pele ketika dibawa keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan. - Kredit foto: The Irish Times.

Selepas kejuaraan dunia itu, Presiden Brazil, Janio Quadros mengumumkan Pele sebagai 'harta negara' dan tidak mengizinkannya bermain di luar negara untuk terus bersama Santos walaupun mendapat tawaran dari kelab gergasi Eropah seperti Manchester United dan Juventus.

Pele mengalami nasib malang ketika edisi Piala Dunia 1962 di Chile selepas terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa di bangku pemain simpanan akibat kecederaan dialami ketika menentang pasukan  Czechoslovakia.

Edisi Piala Dunia 1966 di Engand menyaksikan Pele sekali lagi menjadi sasaran pihak lawan terutama pemain Bulgaria dan Portugal yang melakukan terjahan-terjahan keras bagi menghalangnya membahayakan pasukan lawan menyebabkan dia mengalami kecederaan serius

Kecewa dengan situasi tersebut, beliau kemudian bersumpah tidak mahu beraksi lagi dalam Piala Dunia namun kecintaanya terhadap sukan bolasepak telah mendorong dia  mengubah fikiran tidak lama  selepas itu.

Pada tahun 1969, Pele sekali lagi dipanggil dalam persiapan Brazil menghadapi Piala Dunia 1970 di Mexico, namun Pele telah menolak pelawaan tersebut sebelum berubah fikiran setahun kemudian.


Pele tetap tersenyum ketika gambarnya dirakam sewaktu sedang menjalani rawatan di Hospital.- Kredit foto : The Mirror.


Pada edisi Piala Dunia 1970 di Mexico, Pele muncul antara watak penting membantu Brazil merampas kembali kejuaraan dunia itu yang dimenangi England yang menumpaskan pasukan Jerman Barat pada edisi sebelumnya dan dia berjaya menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan tersebut.

Dalam perlawanan akhir menentang pasukan Itali, Pele turut menyumbang satu gol yang menyaksikan Brazil muncul juara mengetepikan cabaran Itali dengan jaringan 4-1, sekali gus menyaksikan Brazil menjadi pemilik trofi Jules Rimet yang merupakan trofi pertama Piala Dunia buat selama-lamanya.

Sebelum bersara pada tahun 1977, beliau dinobatkan sebagai 'Legenda Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Brazil' oleh kerajaan sebelum menjawat jawatan Menteri Sukan Brazil dan Duta UNESCO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) beberapa tahun kemudian.

Selepas itu Pele beralih arah menceburi bidang pengiklanan sebagai bintang iklan dan dalam usia yang semakin lanjut ketika ini  kesihatannya semakin menurun kerana menghidapi penyakit kompilasi seperti sakit buah pinggang dan infeksi saluran kencing, malah beliau pernah menjalani pembedahan pengantian tulang pinggul dan kini hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

Deretan koleksi kejayaan Pele yang mencipta nama sebagai legenda bola sepak dunia seharusnya menyedarkan kita bahawa kemiskinan itu bukan 'hak milik kekal' sebaliknya merupakan satu anugerah pengalaman yang tidak terhingga nilainya untuk melangkah menuju kejayaan. - KitaReporters

Pele dijulang oleh rakan dan pegawai sepasukan selepas membantu Brazil memenamgi Piala Dunia. - Kredit foto: Facebook.com.

5
8
0
18
0
You will be interested