Insan & Komuniti 07 Apr, 2020

COMELNYA!! BAYI BARU LAHIR PAKAI 'FACE SHIELD'

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

BAYI dan kanak-kanak adalah insan yang paling senang untuk dijangkiti penyakit kerana sistem imunisasi badan yang lemah. Tidak hairanlah bahawa ibu bapa dan pegawai kesihatan sama-sama berusaha keras untuk memastikan bayi mereka dilindungi, terutama semasa wabak penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) ini. : KitaReporters


Foto-foto bayi dipakaikan face shield (pelindung muka) kini tular dalam media sosial dalam keadaan yang sangat comel. - Kredit foto: Hospital Paolo, Samutprakarn 


Oleh itu di Thailand, pihak Hospital Paolo, Samutprakarn telah menemui solusi bagi melindungi bayi yang baru dilahirkan dengan mencipta 'face shield' bertujuan melindungi mereka daripada virus Covid-19, menurut Daily Mail

Apa yang lebih menarik perhatian ramai, kelihatan bayi yang dipakaikan 'face shield' nampak tenang dan tidak menangis. 


Semoga usaha yang dilakukan ini dapat melindungi bayi yang baru lahir ini daripada virus Covid-19.



Sementara itu, setakat Selasa, 7 April 2020, Thailand merekodkan 38 kes baru positif Covid-19, sekali gus menjadikan mereka yang positif Covid-19 meningkat kepada 2,258 orang, manakala angka korban pula dicatatkan sebanyak 27 orang. - KitaReporters

4
1
0
0
0
You will be interested