Insan & Komuniti 31 Mar, 2020

[VIDEO] 16 TERKANDAS DI INDIA DIBAWA PULANG!!

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this
Wabak COVID-19 telah menjejaskan seluruh dunia termasuklah negara kita yang kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak itu. Kerana kita di negara sendiri, tekanan "duduk di rumah" taklah hebat sangat sebab ada ahli-ahli keluarga. Tetapi kalau rakyat Malaysia di luar negara macam mana pula? : KitaReporters

Rakyat Malaysia daripada kanak-kanak hingga warga emas yang terkandas di India merayu kerajaan membawa pulang mereka dengan segera.


Di Malaysia, jikapun kita tidak boleh lagi keluar bekerja seperti biasa dan pergerakan terbatas malah perasan risau terhadap jangkitan virus berkenaan sentiasa berlegar di fikiran, bagaimanapun kita bersyukur kerana berada di negara sendiri, di dalam rumah sendiri.

Maka di sebalik keresahan kita di dalam negara, rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara  sebenarnya dibebani 1001 macam tekanan dan kebimbangan.

Pengalaman sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas hampir seminggu di India sebelum dibawa pulang kerajaan pada Isnin, 30 Mac 2020 menceritakan betapa tertekannya mereka sehingga merayu dalam rakaman video menceritakan kesusahan tekanan dialami.

Mereka yang dibawa pulang itu pastinya amat bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang mendengar suara mereka. 



Dalam rayuan mereka sebelum ini, mereka mmenceritakan terpaksa menyewa hotel yang sangat kotor yang boleh menyebabkan penyakit, terpaksa mencatu makanan, dan ubat semakin berkurangan sedangkan wang semakin berkurang.

Itulah yang dialami sekumpulan rakyat Malaysia terdiri daripada kanak-kanak, orang dewasa dan juga warga emas yang terkandas di India.

Menurut seorang wakil keluarga berkenaan, mereka yang terdiri daripada 16 individu termasuk kanak-kanak dan warga emas datang ke Punjab, India pada 7 Mac 2020 dan sepatutnya pulang pada 21 Mac 2020 sebelum terkandas akibat keadaan darurat di India.

Katanya, susulan itu mereka telah ditempatkan di sebuah hotel yang mempunyai keadaan amat menyedihkan dan terpaksa membayar sewa hotel berkenaan.

"Keadaan di hotel ini didiami kami yang turut terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas adalah sangat kotor dan terdapat lipas yang saya bimbang keadaan ini akan menyebabkan budak-budak mendapat sakit selain ada yang sudah kehabisan ubat.

"Pihak polis di sini pula tidak membenarkan kami bergerak ke tempat lain dan kami amat berharap supaya dapat membantu kami pulang ke tanah air, keluarkan kami dalam keadan terdesak ini," katanya

Tambahnya, mereka juga hampir kehabisan wang kerana sudah empat hari terpaksa membayar untuk membeli makanan dan perbelanjaan seharian.

Seorang warga emas yang mempunyai sakit kencing manis dan sakit tulang belakang merayu dibawa pulang.


Dalam pada itu, seorang warga emas dikenali sebagai Gurbachan Singh Gurnam Singh berkata, dia yang menderita sakit kencing manis dan sakit tulang belakang berasa begitu terbeban.

Katanya, keadaan kesihatannya juga semakit merosot dari sehari ke sehari menyebabkan dia berasa bimbang sekiranya masih lagi berada di India.

"Saya telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang, kesihatan saya tak berapa bagus, saya merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tolonglah kami pulang ke tanah air Malaysia secepat  mungkin, kami merayu sangat dengan PM tolonglah kami sekeluarga,"ujarnya.

Datuk Jasvir Singh Ram Singh


Sementara itu, wakil Gurdwara Gurdwara dan Kaum Sikh Pahang, Datuk Jasvir Singh Ram Singh berharap rayuan rakyat Malaysia di India itu akan dapat diberi perhatian dan mereka dapat dibawa pulang ke tanah air dengan segera.

"Saya merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dapat membantu membawa pulang mereka yang semakin tertekan di luar negara.

"Saya juga merayu kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar dapat berusaha membawa pulang mereka dengan secepat mungkin," ujarnya.

Alhamdullillah, mereka telah dibawa pulang dan selamat sampai di tanah air pada Isnin, 30 Mac 2020. - KitaReporters 

KitaReporters 

0
0
1
0
0
You will be interested