Insan & Komuniti 04 Sep, 2021

Pelik tapi benar! Penyakit misteri! Wanita anak tiga tidak dapat tidur normal sejak 7 tahun lalu!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

CUCU yang kini hidup terlantar di rumah anaknya di Desa Cipatagumati, Cikalongwetan, Bandung Barat dan tidak tidur sejak tujuh tahun lalu. - Kredit foto: Tribunnews.com 


MALAM atau siang hari tidak memberi apa-apa makna dalam kehidupan seorang wanita yang bernama Cucu, 45,  dari Bandung Barat kerana dalam masa tersebut dia tidak dapat tidur normal seperti orang lain sejak tujuh tahun lalu

Cucu yang berasal Kampung Pasirjati, Desa Cipatagumati, Kacamaten Cikalongwetan, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat itu yang tidak dapat tidur tanpa diketahui sebarang sebab seolah-olah dia menghidapi penyakit misteri.

Ini kerana dia hanya mampu hidup terlantar dalam keadaan tubuh badan yang semakin lemah di atas tilam di rumahnya sepanjang masa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tidur

CUCU yang dikatakan menghidapi penyakit misteri sukar untuk tidur sejak tujuh tahun lalu. - Kredit foto: Tribunnews.com 


Sebelum pada itu, dia yang mempunyai tiga orang anak dapat tidur normal seperti orang lain pada waktu malam.

Tetapi sejak 2014 sehingga kini, menurut laporan Merdeka.com yang dikeluarkan pada 31 Ogos 2021 lalu berkata, kehidupan wanita itu mulai berubah apabila dia tidak dapat tidur sama ada waktu siang ataupun malam

``Dalam masa sehari, saya langsung tidak dapat tidur dan kalau saya tertidur pun dalam masa lima minit atau 10 minit kemudian saya terus terjaga semula.

``Saya tidak tahu apa jenis penyakit yang saya alami pada diri saya yang tidak dapat tidur ini tanpa mengira waktu dan saya pernah mendapat rawatan di Hospital Cikalongwetan selama setahun tetapi doktor mengatakan tiada penyakit yang aneh pada diri saya,’’ kata Cucu.


KEADAAN tubuh badan Cucu semakin lemah akibat tidak dapat tidur setiap hari. - Kredit foto : Tribunnews.com 


Wanita itu berkata kemungkinan kerana terlalu banyak minum ubat tidur yang diberi oleh doktor menyebabkan keadaan tubuh semakin parah sehingga sukar untuk  tidur.

Menurutnya, kini dia hanya mampu berbaring di tilam di rumahnya dan anggota tangannya serta lehernya selalu bergerak-gerak mengakibatkan dia tidak dapat tidur langsung.

Cucu berkata sejak tujuh bulan kebelakangan ini, dia banyak menghabiskan masa di tempat tidur sahaja kerana tidak dapat bergerak ke mana-mana akibat tubuh badannya semakin lemah.

`Pelik juga penyakit saya ini dan sudah tujuh tahun saya tidak dapat tidur seperti orang lain tetapi ketika itu tubuh badan saya tidak lemah dan anggota badan saya tidak bergerak-gerak seperti hari ini.

``Siang dan malam saya  buntu memikirkan penyakit saya ini dan pelbagai usaha dilakukan untuk merawat penyakit yang saya alami ini tetapi tidak berhasil.

"Dan sekarang saya mendapat rawatan di Hospital Sentosa (Bandung) dan saya berharap penyakit saya akan  pulih dan normal kembali,’’ katanya.

Berikutan dengan kejadian yang menimpa pada Cucu itu, pihak pemerintah Desa Cipatagumati memberi bantuan untuk membiayai rawatan  penyakit Cucu itu. - KitaReporters


Kredit Foto : Tribunnews.com

11
15
1
13
0
You will be interested