Insan & Komuniti 08 Sep, 2021

Video| Barang kemas terbuang dalam tong sampah dijumpa semula! Terima kasih Environment Idaman!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) mengeluarkan sampah dari lori untuk mencari barang kemas.


JIKA sesuatu harta itu milik kita sesulit manapun jalan atau rintangannya pasti akan balik kepada kita kerana ia sebenarnya milik kita.

Begitulah juga dengan video yang tular dalam laman sosial pada Selasa, 7 September 2021 yang mengisahkan seorang wanita di Sik, Kedah terbuang barang kemasnya, berupa barangan perhiasan daripada emas, ke dalam tong sampah.

Namun dia bernasib baik apabila menemuinya kembali dengan kerjasama pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) yang bersedia untuk menurunkan kembali sampah daripada lori berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan barang kemas


Pemilik barang kemas gembira bila terjumpa kembali barang perhiasan emasnya.


Selepas usaha untuk menghubungi pihak E-Idaman dibuat kira-kira jam 8 pagi dan menerangkan kepada mereka bahawa barang kemasnya hilang dan terbuang dalam longokan sampah, maka usaha mengeluarkan sampah-sampah dari lori dilakukan sehingga berjaya menemui semula barang kemas wanita berkenaan dalam timbunan sampah tersebut.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu menunjukkan wanita itu jelas gembira selepas menemui barangan itu dan beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada petugas pembersihan yang membantunya.



Pemilik membasuh bekas simpanan barang perhiasannya.



Difahamkan barang kemas yang disimpan di dalam sebuah kotak tetapi telah dibuang secara tidak sengaja oleh keluarga itu.

Namun sebaik saja menyedari kejadian itu, keluarga berkenaan dikatakan mencari sehingga ke tapak pelupusan sampah di Kulim dan mengekori pula ke lokasi lori sampah terbabit dan akhirnya selepas dimaklumkan, maka terjumpalah barang kemasnya semula.

Sesungguhnya kerjasama dari pekerja E-Idaman itu perlu diberi pujian kerana bersedia membantu wanita itu. 

Terbaiklah E-Idaman dan pekerjanya. - KitaReporters

Barang kemas dijumpa semula.

13
15
0
6
0
You will be interested