Kabare wak! Wes mangan! Ini merupakan sapaan yang sering dituturkan oleh sebilangan besar penduduk Malaysia yang acah-acah pandai bertutur dalam dialek Jawa. Selain Malaysia dikenali sebagai sebuah negara majmuk berbilang bangsa serta budaya, dialek juga menjadi tarikan tersendiri penuturnya yang fasih. : KitaReporters
Uncle Siva yang menguasai tiga bahasa lain selain dialek Jawa, Cina dan bahasa Orang Asli.
Lagi kisah-kisah berkaitan bahasa:
https://kitareporters.com/search?search=bahasa
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dialek adalah cabang bahasa yang digunakan oleh individu di sesuatu kawasan, daerah atau kelas sosial.
Para sarjana bahasa memberitahu dialek merupakan seni bahasa (amalan) menakjubkan kerana mampu memberi tanda mesra yang pantas kepada si penutur mahupun pendengarnya yang sedialek.
Sesuatu yang biasa jika mendengarkan kaum Cina dan India bertutur dalam bahasa kenegerian seperti Kelantan, Terengganu atau Kedah.
Menariknya, bila mana seorang lelaki india lingkungan sekitar 60-an fasih bertutur dialek Jawa tanpa sedikit kecacatan atau pelat!
Hebat!
Menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan rakaman berdurasi 1:30 saat benar-benar memberikan gelak tawa kepada penontonnya yang kagum.
Secara tidak langsung menemplak perasaan rasis antara kita yang menyangka tiada kaum lain mahir menuturkan bahasa ketiga selain bahasa Melayu atau bahasa ibunda mereka.
Disifatkan netizan sebagai "baka rare" dan jarang jumpa
Menurut netizen, pak cik ini dikenali sebagai Uncle Siva yang tinggal di sebuah perkampungan Kampar, Perak.
Selain dialek Jawa, Siva juga fasih berbahasa Mandarin, Hokkien dan tiga lagi dialek lain termasuk dialek Orang Asli.
Faktor pergaulan sosial bersama orang Melayu sejak kecil menjadikan lontaran bunyi dialek itu tepat dan terbiasa.
Sehingga kini video itu berjaya menggumpulkan lebih 7,000 jumlah sukaan dan 1,500 respons dari pengguna maya yang berkunjung.
Bagaimanapun rata-ratanya memberikan andaian bahawa kemahiran Siva bertutur dialek jawa adalah sesuatu yang "rare" dan jarang ditemui.
Baka terhad!
Video memaparkan uncle Siva berkomunikasi dalam dialek Jawa dengan penduduk setempat.
"Inilah orang Malaysia Sejati. Susah nak dapat baka mcm ni.
"Ini aku akui memang true rakyat Malaysia.
"Belajar la dari otai kita, pakcik atau makcik tak kira apa jua bangsa. Merekalah 1 Malaysia yang sebenar, Harmoni Malaysiaku", komen pengguna Facebook.
Respons pemain maya yang berasa kagum.
Netizen turut memuji kefasihannya berdialek, sekali gus memberikan contoh keharmonian yang perlu ada dalam setiap jiwa-jiwa anak Malaysia masa kini.
Suatu kelebihan jika kita boleh menguasai bahasa ibunda setiap kaum di Malaysia kerana ianya menjadikan kita lebih berkasih sayang dan hormat-menghormati.
Oleh itu, apakah uncle Siva juga merupakan penggemar nasi ambeng dan masakan berungkep!? Jowo pon jowolah, janji rock! - KitaReporters