Insan & Komuniti 07 Apr, 2021

Berita Terkini| Ramadan 1442: 100k jemaah dibenar solat di Masjidil Haram! 50k lakukan umrah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

MASJIDIL Haram. - kredit Foto Republika.com


SERAMAI 150,000 orang akan dibenarkan mengerjakan ibadat umrah atau solat secara harian di Masjidil Haram, Mekah sepanjang bulan Ramadan yang akan disambut bermula 13 April 2021 ini.

Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang dipetik arabnews.com sebagai berkata daripada jumlah itu, seramai 100,000 jemaah dibenarkan menunaikan solat di Masjidil Haram, manakala 50,000 jemaah lagi menunaikan ibadat umrah.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Bimbingan dan Dakwah memaklumkan, kebenaran umrah akan diberikan kepada jemaah berusia 65 tahun ke atas yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Keputusan itu dibuat sebahagian daripada rancangan meningkatkan kapasiti operasi masjid.

Ketua Umum Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, berkata suntikan itu adalah syarat untuk memasuki Masjidil Haram  di Mekahdan Masjid Nabawi di Madinah.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Abdullatif Al-Asheikh pada Selasa, 6 April 2021 mengeluarkan arahan dengan langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan COVID-19 pada Ramadan.

Malah, majlis berbuka puasa, sahur dan itikaf dalam masjid ketika Ramadan akan ditangguhkan, manakala jumlah lokasi untuk solat Aidilfitri akan diperluas.

"Perkara berkaitan mengadakan solat tarawih dan qiyam di masjid pula akan diumumkan kemudian," katanya.

Pada 6 April 2021, Arab Saudi melaporkan sebanyak 792 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 394,169 kes. - KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested