
Kredit foto: pattayamail.com
SERAMAI 4,250 daripada keseluruhan 13,554 kakitangan Thai Airways terpaksa bersara awal selepas gagal proses saringan untuk meneruskan berkhidmat di syarikat penerbangan itu.
Proses saringan
terpaksa dilakukan berikutan kedudukan kewangan dan program penstrukturan
semula hutang syarikat penerbangan terbabit.
Kesemua kakitangan
itu bakal menerima manfaat persaraan atau boleh memohon untuk menjalani proses
saringan seterusnya.
Pakej persaraan bagi pekerja yang berhenti akan dibayar empat kali secara ansuran selama 12 bulan dan pembayaran pertama dibuat pada Jun 2021 ini.
Memetik
thailandnews.com, lebihan daripada keseluruhan jumlah itu seramai 9,304
kakitangan yang lulus dalam saringan itu pula bakal menandatangani kontrak baharu
bermula 1 Mei 2021 ini.
Namun mereka
semua tidak akan menerima manfaat yang sama seperti dalam kontrak terdahulu. - KitaReporters
