Insan & Komuniti 27 Nov, 2021

Video| Gara-gara cemburu buta, panas baran! Pengantin baharu maut disimbah asid suami sendiri!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SARAH yang menjadi mangsa air keras atau asid yang disiramkan oleh suaminya sendiri akibat cemburu buta dan panas baran. - Kredit foto : Tribunnews.com.


GARA-GARA cemburu buta! Seorang pengantin baharu, Sarah, 21, mati akibat disimbah air keras atau asid oleh suaminya, warga Arab Saudi, AL, 29, dalam kejadian yang berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia pada 20 November 2021 lalu.

Sarah yang baharu melangsungkan perkahwinan dengan AL pada 7 Oktober 2021 dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Daerah (Rumah Sakit Umum Daerah atau RSUD) Hasan Sadikin, Bandung selepas 90 peratus tubuhnya melencur akibat terkena asid itu.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

SARAH dan AL sebelum terbabit dengan pembunuhan dengan isterinya. - Kredit foto : Tribunnews.com


Kejadian itu berlaku pada petang hari tersebut (20 November 2021) di rumahnya di Kampung Munjul, Desa Sukamaju, Kecamatan Cianjur, Kabupaten Cianjur selepas pasangan suami isteri terbabit bertengkar yang berpunca kerana AL terlalu cemburu dengan Sarah.

Sebelum menyimbah air asid ke atas badan mangsa, AL dikatakan mengikat kedua-dua belah tangan dan memukul mangsa beberapa kali.


Tempat di mana Sarah ditemui dengan keadaan 90 peratus badannya melecur kerana disimbah asid oleh AL. - Kredit foto: Radar Bandung


SARAH meninggal dunia di Hospital Umum Daerah (RSUD) Hasan Sadikin, Bandung selepas 90 peratus badannya melecur pada malam 20 November 2021. - Kredit foto : Tribunnews.com


Ketua Desa Sukamaju, Lin Solihin berkata, menurut jiran tetangganya, AL terlalu cemburu terhadap Sarah dan selalu mengawal setiap pergerakan isterinya sehingga Sarah keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan di kedai berdekatan dengan rumahnya, dia tidak bagi kecuali keluar bersamanya.

Menurutnya, sebelum kejadian itu boleh dikatakan mereka sering bertengkar kerana AL selalu syak wasangka yang kurang baik terhadap isterinya lalu menuduh isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain.


AL (tengah) ditahan polis di Lapangan Terbang Bendara Soekarno-Hatta, Jakarta. - Kredit foto: Kumparan.news



‘’Sedangkan Sarah seorang wanita yang baik, peramah dan suka beramah mesra dengan jiran tetangga.

‘’Kadang-kadang apabila AL melihat Sarah mesra dengan jiran (wanita) dia telah timbul syak wasangka yang bukan-bukan terhadap isterinya akibat sikapnya terlalu cemburu buta dan panas baran,’’ katanya seperti dilaporkan Suara.com pada 24 November 2021.

Jiran tetangga yang mendengar jeritan Sarah yang meminta tolong lalu bergegas ke rumah mangsa dan mendapati Sarah tidak bermaya lagi kerana tubuh badannya melecur 90 peratus termasuk mukanya turut melecur disimbah asid.

Menurut Lin lagi, air asid yang dicurah oleh suaminya juga turut masuk ke dalam mulut Sarah.

‘’Saya juga turut bersimpati dengan nasib Sarah apabila melihat dia terbujur kaku dan pakaian yang dipakainya hampir hancur kerana disiram dengan air asid oleh suaminya sendiri,’’ kata Lin.

Berikutan dengan kejadian itu, jiran telah membawa Sarah ke hospital  dan mangsa meninggal dunia di RSUD Hasan Sadikin pada waktu malam, manakala AL telah melarikan diri dari rumahnya sebelum dia ditangkap oleh Polis Cianjur Kota.


Orang disyaki, AL.


SARAH


Ketua Polis Daerah Cianjur Kota, Kompol Ahmad Suprijatna berkata pelaku ditangkap di Bandara (Bandar Udara atau Lapangan Terbang) Soekarno-Hatta, Jakarta kerana dipercayai cuba melarikan diri untuk pulang ke Arab Saudi.

Beliau berkata, pihaknya berkerjasama dengan polis Bandara Soekarno-Hatta berjaya menangkap pelaku itu di lapangan terbang berkenaan.

‘’Pelaku ditahan dibawah Pasal 340. Pasal 338 dan Pasal 351 ayat 3 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) tentang penganiayaan berat dan pembunuhan berencana yang membawa hukuman mati jika disabit dengan kesalahan itu," katanya kepada Kompas.com pada 24 November 2021. - KitaReporters


SARAH (tengah) bersama dua rakannya sebelum meninggal dunia. - Kredit foto : Tribunnews.com


24
11
1
12
2
You will be interested