Insan & Komuniti 13 Jun, 2022

Masa hidup bersama, masa meninggal pun bersama! Tiga bersaudara mati lemas dikebumikan satu liang!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Dari kiri: Allahyarham-Allahyarham Syaridatul Noor Syafiqa Mohd Dera, Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera dan Siti Aishah Mazalan.


TIGA bersaudara ini dikatakan sangat rapat dan selalu bersama. Berkawan sejak kecil dan ketiga-tiga mereka tidak pernah ketinggalan untuk bersama ke sana ke sini

Mereka sering datang berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah Hulu Seladang, Bandar Permaisuri, Setiu terutama hari minggu.

Namun,  tidak sangka pula kejadian malang pada Jumaat 10 jun 2022 lalu yang menimpa dua beradik iaitu Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 28, dan adiknya, Syaridatul Noor Syafiqa, 26, serta seorang sepupu mereka, Siti Aishah Mazalan, 19, adalah merupakan kali terakhir mereka berkunjung ke situ.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan tragedi mati lemas

TIGA bersaudara dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu pada awal pagi 11 Jun 2022. - Kredit foto : Bernama


Semasa hidup selalu bersama dan kini meninggal dunia pun bersama. Pada kira-kira pukul 4 pagi, Sabtu, 11 Jun 2022 lalu, tiga bersaudara yang mati lemas ini telah dikebumikan dalam satu liang lahad

Mayat mereka telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.

Ibu Syaridatul Nurfatihah dan Syaridatul Noor Syafiqa, Sarimah Awang, 62, berkata dua orang anaknya itu dan anak saudaranya (Siti Aishah) adalah mereka suka pergi berkelah di situ selain dia juga selalu mengikuti anak-anaknya.

Sarimah memberitahu hubungan dalam kalangan anak-anaknya dengan sepupu mereka terlalu baik dan berkawan rapat sejak dari kecil lagi

Menurutnya, boleh dikatakan ke mana sahaja mereka pergi pasti mereka bertiga tidak pernah ketinggalan.


MOHD Dera masih bersedih dengan kehilangan dua anaknya dan seorang anak saudaranya dalam masa sekelip mata. - Kredit foto : Bernama


‘’Mereka termasuk anak-anak yang lain selalu berkunjung di kawasan perkelahan itu dan saya sendiri pun pergi juga pada hari kejadian itu (10 Jun 2022) tetapi saya balik awal dari situ kerana hendak menidurkan seorang cucu di rumah.

‘’Tetapi kali ini, saya dan mangsa  berkelah di lokasi yang agak jauh sedikit dari orang ramai kerana pada hari Jumaat ramai pengunjung yang datang berkelah di kawasan Lata Changkah,’’ katanya yang tinggal di Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.


JENAZAH tiga bersaudara disolatkan di masjid sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus. - Kredit foto : Utusan Malaysia


Pada kejadian yang berlaku pada pukul kira-kira 2.30 petang itu, tiga mangsa terbabit ditemui mati lemas selepas dipercayai mereka tergelincir dari batu di kawasan air terjun itu.

Sebelum itu, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang bersama tiga lagi ahli keluarga mereka selepas selesai berkelah.

Namun, semasa berjalan, tiba-tiba Syaridatul Nurfatihah tergelincir dari atas batu lalu dia menarik tangan Noor Syafiqa dan Siti Aishah untuk bergantung menyebabkan ketiga mangsa itu semuanya terjatuh di dalam air sebelum mereka ditemui mati lemas oleh orang awam. 

Sarimah berkata, dia mendapat khabar berita yang menyedihkan itu ketika dia berada di rumah.

‘’Awalnya, saya seolah-olah tiga percaya dua anak saya dan anak saudara saya mati lemas dalam kejadian yang berlaku dengan sekelip mata.

‘’Saya melihat mereka di kawasan air terjun itu, mereka begitu seronok dan gembira dapat bermain air dan tidak ada  sebarang tanda perubahan ke atas diri mereka yang bakal menimpa kejadian buruk pada petang itu,’’ katanya. - KitaReporters


Ketiga-tiga jenazah mangsa lemas diturunkan ke dalam satu liang lahad. - Kredit foto: Media sosial


13
11
0
12
0
You will be interested